Lelaki Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Selepas Tetak Teman Wanita

TERKINI
December 20, 2023 - 01:27 AM


Tidak tahu apa yang sedang berlaku di negara kita ketika inil. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes bunuh yang kejam berlaku. Baru-baru ini, seorang pemuda dilaporkan terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas menetak mati teman wanitanya di Jalan Raja Uda.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, suspek berusia 29 itu bagaimanapun diselamatkan nelayan dan kemudiannya ditahan Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK).

Menurutnya, terdahulu pihaknya mendapat maklumat seorang wanita berusia 42 tahun ditetak seorang lelaki pada bahagian leher menggunakan sebilah parang di kawasan Jalan Raja Uda, kira-kira pukul 11.10 pagi tadi.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan disahkan meninggal dunia. Mangsa dipercayai teman wanita suspek.

“Pada pukul 11.58 pagi, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU bersama pasukan forensik hadir ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Pemeriksaan terhadap mayat menemui kesan tetakan pada bahagian belakang leher dan bahu kiri si mati,” katanya kepada pemberita, di sini sebentar tadi.

Mohd Asri berkata, siasatan turut mendapati terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran yang merakam kejadian tersebut, selain saksi yang turut melihat kejadian itu.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

Destination: