"Macam UPSR" - Sarawak Bakal Perkenal Sistem Peperiksaan Tahun 6

TERKINI
November 01, 2023 - 03:58 PM


Negeri Sarawak akan memperkenalkan sistem penilaian tersendiri iaitu peperiksaan khas untuk seluruh pelajar tahun enam di semua sekolah kerajaan di dalam negeri tersebut bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, penilaian tersebut akan menyerupai UPSR yang sebelum ini dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Dia juga menjelaskan kerajaan negeri akan berusaha untuk merealisasikan pelan tersebut kerana ia dipercayai akan membantu pelajar-pelajar tahun enam di negeri berkenaan.

“Perkara ini bergantung kepada dasar Persekutuan. Bagaimanapun, kami di Sarawak akan berusaha untuk mempunyai sistem penilaian sendiri.

“Ini kerana kita percaya itu satu-satunya kaedah untuk kita mengetahui prestasi sebenar pelajar,” katanya dalam satu program.

Sebelum ini, KPM memansuhkan UPSR pada tahun 2021 dan digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Bagus juga ada balik peperiksaan sebab ramai dah parents dan guru-guru bising budak-budak sekarang malas belajar.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Destination: