
"Mantap YB!" - YB Tenom Beri Sokongan Terhadap Rider Sabah, Dedah Cerita Sebenar Insiden Dengan Si Blazer Merah
TERKINIMasih hangat diperkatakan di kalangan warganet mengenai insiden seorang rider yang 'dikunci' oleh seorang lelaki ber-blazer merah. Bukan sahaja kekerasan yang berlaku, bahkan sikap sombong si blazer merah yang mempersoal loghat Sabah yang dituturkan oleh rider tersebut turut menjadi perbualan.
Terkini, Riduan Rubin yang merupakan ahli parlimen Tenom tampil bertemu dengan rider Mohd Samier dan juga wanita yang merakam insiden tersebut. Pertemuan tersebut dikongsikan melalui akaun YB sendiri di platform TikTok.
Tujuan pertemuan tersebut diadakan adalah untuk untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Melalui pertemuan tersebut, YB mendedahkan sedikit latarbelakang abang rider kita. Encik Samier adalah seorang pengurus restoran dan menjadi rider hanya sebagai pendapatan sampingan.
Dia juga seorang anak yatim, berbangsa bajau beraak dari daerah Lahad Datu. Setelah mendengar penjelasan dari kedua-dua mereka, YB juga menitipkan pesan kepada semua supaya hormatilah setiap pekerjaan orang lain.
Selain itu, YB turut menegaskan akan membawa isu ini kepada kepimpinan negeri Sabah dan juga negara agar nasib anak muda Sabah terbela.