Nak Dilayan Bak Ratu Selepas Bersalin Di Hospital Kerajaan, Wanita Indonesia Dihentam Netizen

TERKINI
May 30, 2024 - 11:18 AM


Seorang wanita berasal dari Indonesia telah dikecam teruk oleh netizen selepas berkongsi pengalaman buruknya bersalin di Hospital Pulau Pinang. 

Menerusi perkongsian di aplikasi X, wanita tersebut memberikan rating 2/100 dan kosong markah untuk layanan kakitangan hospital kepadanya. 

Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan layanan yang diberi kepadanya dari segi pelbagai aspek terutamanya selepas dia melahirkan bayi melalui caesarean.

Dia juga memberi rating sangat rendah untuk kesemua aspek seperti fasiliti bilik, bilik air, layanan jururawat dan layanan selepas bersalin czer di situ. 

Selain itu, dia turut mengadu wad yang didudukinya bising dengan suara jururawat yang sedang bertugas ketika itu.

Lebih mengejutkan lagi apabila wanita itu mendakwa bayi miliknya tidak dimandikan selama empat hari oleh jururawat di situ Persekitaran wad juga dikatakan terlalu bising sehinggakan terganggu untuk tidur.

Difahamkan, wanita tersebut memuat naik perkongsian itu di TikTok namun hasil semakan mendapati akaun tersebut telah ‘hilang’. Perkongsian kemudian dimuat naik semula oleh seorang pengguna aplikasi X yang dipercayai bertugas di hospital itu. 

Sebagai kakitangan hospital, dia menafikan dakwaan yang dibuat wanita terbabit dengan menyatakan wad obstetrik dan ginekologi (O&G) telah dilengkapi dengan penghawa dingin seperti wad kelas pertama tetapi bercampur.

Mengenai dakwaan bising pula, ianya hanya terjadi di waktu-waktu tertentu dan bukan setiap masa seperti yang didakwa wanita itu. 

Kakitangan hospital itu juga menafikan menegaskan dia sendiri melihat jururawat menolak bayi untuk dimandikan pada setiap pagi sekaligus menafikan dakwaan bayi wanita tersebut tidak dimandi. 

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman netizen Malaysia yang rata-ratanya menyatakan jika wanita tersebut mahu dilayan seperti ratu, dia harus pergi ke hospital swasta.

 

Sumber: X 

Destination: