Nuren Group Umum Tawaran Awam Permulaan (IPO) Di National Stock Exchange of Australia (NSX), Pacu Pertumbuhan & Inovasi Penyelesaian Digital
TERKININuren Group, platform digital terkemuka yang memperkasakan wanita dalam keibubapaan, pendidikan dan kesejahteraan ibu mengandung, teruja untuk mengumumkan pelancaran Tawaran Awam Permulaan (IPO) sempena penyenaraian kumpulan tersebut di Bursa Saham Nasional Australia (NSX).
Ditetapkan untuk debut pada AUD0.20 sesaham, IPO yang turut terdiri daripada terbitan awam saham baharu ini, menandakan peristiwa penting dalam pertumbuhan syarikat, disamping menawarkan peluang kepada para pelabur untuk menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan Nuren Group.
Butiran IPO:
- Harga Debut: AUD0.20 sesaham
- Tarikh Jangkaan Siap: Pertengahan Julai 2024
Ditubuhkan sebagai perintis dalam penyelesaian digital, Nuren Group menawarkan portfolio yang pelbagai termasuk platform utama seperti Motherhood.com.my, Motherhood SuperApp, Kelabmama.com, Ibuencer.com dan Wedding.com.my, memenuhi pelbagai jenis pelanggan dan vendor.
Hasil yang diperoleh melalui IPO akan memacu komitmen Nuren Group untuk meningkatkan pembangunan produk dan infrastruktur teknologi, melabur dalam pemasaran dan pemerolehan pelanggan, mempercepatkan pertumbuhan dalam bidang strategik utama melalui inovasi, dan meneroka peluang perniagaan baharu.
Nuren Group beroperasi dalam pasaran pertumbuhan tinggi, dengan peningkatan permintaan dalam penyelesaian digital dunia keibubapaan, perancangan media, dan e-dagang. Dengan penyenaraian Nuren Group di Bursa Saham Nasional Australia (NSX) yang bertepatan dengan transformasi digital yang semakin pantas, ini memberi peluang yang ketara kepada Nuren Group untuk menguasai bahagian pasaran yang lebih besar.
Disamping itu, harga debut AUD0.20 sesaham menawarkan para pelabur titik masuk yang menarik, menjanjikan potensi peningkatan yang ketara apabila Nuren Group terus berkembang dan berinovasi.
Potensi Pertumbuhan Inovatif & Fokus Pelaburan
Nuren Group telah bersedia untuk pertumbuhan yang ketara, memanfaatkan pengembangan pasaran strategik, kemajuan teknologi, dan pembangunan produk yang inovatif. Disokong oleh portfolio yang mapan dan jenama yang unggul di dalam industri dengan pangkalan pelanggan yang setia, Nuren Group berdiri di atas asas yang kukuh untuk pertumbuhan di masa hadapan.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nuren Group Limited, Petrina Goh berkata, "Dalam keterujaan menjalani proses perancangan IPO ini, kami komited untuk memanfaatkan kepakaran dan teknologi sedia ada untuk meningkatkan kualiti kehidupan para pelanggan dan menghasilkan nilai yang diluar jangkaan kepada para pemegang saham kami. Pasaran teknologi keibubapaan sedang mengalami pertumbuhan yang pesat, didorong oleh peningkatan kesedaran dan permintaan terhadap penyelesaian penjagaan yang mudah, berkesan, dan lebih peribadi. Pasaran perbelanjaan global untuk keibubapaan, termasuk produk penjagaan bayi, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, teknologi pendidikan, dan aplikasi keibubapaan, dinilai beberapa ratus bilion dolar setiap tahun dan dijangka terus berkembang secara signifikan. Ini membuka peluang yang sangat besar bagi kami untuk memanfaatkan pasaran yang semakin berkembang dan memenuhi keperluan keluarga moden yang bertambah dari hari ke hari."
Perkembangan ke Arah Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Inovasi
Selanjutnya, Nuren Group merancang untuk meningkatkan penawaran teknologi dengan ciri sembang AI keibubapaan yang seumpamanya di dalam aplikasi Motherhood SuperApp. Ciri inovasi ini akan membantu para pengguna dengan memberi sokongan dan nasihat yang telah diperibadikan, memanfaatkan algoritma pembelajaran mesin lanjutan untuk menawarkan bantuan masa nyata dan bersesuaian dengan pengguna.
Keputusan Nuren Group mengumumkan Tawaran Awam Permulaan (IPO) ini kepada umum mencerminkan komitmen syarikat untuk memacu pengembangan, meningkatkan infrastruktur teknologi, dan mengambil peluang pertumbuhan baharu dalam bidang strategik utama.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelaburan, termasuk tarikh penting dan cara melabur, layari laman rasmi https://www.nurengroup.com dan brosur Tawaran Awam di https://apply.automic.com.au/NurenGroupLimited.