Pasar Raya Di Sarawak 'Mark Up' Produk Khairul Aming 2 Kali Ganda

TERKINI
March 29, 2024 - 02:35 PM


Nama Khairul Aming sememangnya gah di platform media sosial. Kejayaan terbaharunya apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi 'nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung di platform TikTok Shop.

Dek kerana pengaruhnya yang cukup luas, hampir semua keluaran mahupun hasil kerjanya mendapat sambutan yang hangat. Baru-baru ini satu ciapan di platform X mencuri perhatian. Seorang pengguna mendedahkan ada satu pasar raya di Sarawak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga produk Khairul Aming.

Seperti sedia maklum, Khairul Aming menjual Dendeng Nyet Berapi pada tanda harga yang cukup mampu milik iaitu RM14.99 sepaket dan RM13.99 untuk Sambal Nyet Berapi. Ramai mempertikaikan mengapa produk keluaran tempatan berani menaikkan harga mengalahkan produk import yang lain.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dari Khairul Aming. Namun ramai berpendapat tindakan pasar raya tersebut tiada kaitan dengan tuan punya badan. Pengguna sedar akan bertapa tingginya permintaan untuk produk Khairul Aming namun untuk dijual semula pada harga tinggi adalah tidak munasabah.

Destination: