"Hentikan Pembinaan Plaza Tol Genting Highlands!"- MP Bentong, Young Syefura

TERKINI
October 25, 2023 - 03:21 PM


Sebelum ini, hangat isu yang membabitkan pembinaan plaza tol di Genting Highland. Ditambah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd yang menyatakan merekalah yang akan mengendalikan kutipan tol itu nanti.

Namun, siapa sangka bahawa isu tentang pembinaan dan kutipan tol itu tidak ketahui oleh oleh pihak kerajaan negeri Pahang. Berdasarkan laporan, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata pihak Genting tidak pernah membangkitkan atau membincangkan pembinaan tol ni semasa mesyuarat exco negeri.

Bukan itu sahaja, menurut ahli parlimen Bentong, Young Syefura, Majlis Perbandaran Bentong (MPB), pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) juga dilaporkan tidak tahu berkenaan dengan pembinaan plaza tol tersebut.

"Sejak 13 Oktober, lepas saya dah check dengan JKR dan LLM mengenai isu ini, pihak faderal tidak dimaklumkan apa-apa mengenai pembinaan tol ini.

"Malah pihak MPB beritahu tak dimaklumkan. Jalan ini memang jalan private yang diuruskan oleh pihak Genting namun seharusnya pemakluman dan pemohonan perlu ada." ujarnya.

Terkini, arahan pemberhentian kerja telah dikeluarkan oleh MPB untuk pihak pemaju menghentikan sebarang usaha-usaha pembinaan sehinggalah pihak pemaju menghantar permohonan untuk diteliti sebelum dinilai dan diberi kelulusan.

 

Artikel berkaitan: Pengunjung Genting Highlands Akan Dikenakan Tol

Destination: