Penduduk Kg Sri Makmur Sedih Diusir, Luah Tak Sempat Buat Persediaan Berpindah

TERKINI
May 28, 2024 - 02:06 PM


Sebuah rakaman video yang memaparkan suasana kecoh yang berlaku pada Isnin lepas apabila kawasan tempat tinggal di Kampung Sri Makmur Gombak, Selangor dirobohkan telah tular di media sosial. 

Berdasarkan sumber, tanah berkenaan sebenarnya adalah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan perobohan di kawasan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium. 

Kekecohan tersebut berlaku kerana terdapat segelintir penduduk yang enggan berpindah ekoran telah menetap lama selain ada diantara mereka yang tidak sempat untuk membuat persediaan berpindah. 

Menurut penduduk kawasan di kawasan tersebut, mereka menerima wang RM1,000 pada Jumaat dan diarahkan untuk berpindah dalam masa tiga hari.

Pada Isnin, jengkaut sudah membuat kerja perobohan membuatkan penduduk hanya mampu mengalirkan air mata.

Penduduk juga merasakan tindakan merobohkan rumah penduduk adalah zalim. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa dengan nilai RM1,000 yang diberikan pada Jumaat. 

Mereka juga berharap agar diberikan lebih masa kerana ada yang masih menunggu pinjaman diluluskan untuk penempatan baru di Rumah Selangorku Seri Temenggung. 

Walau bagaiamanapun, terdapat netizen yang mendakwa isu ini bukan baru kerana notis berpindah dikatakan sudah diberikan sejak 2006. 

 

Sumber: X & Oh Media 

Destination: