Penerima Buah Pinggang Babi Yang Diubah Suai Meninggal Dunia

TERKINI
May 13, 2024 - 12:30 PM


Pesakit pertama menerima buah pinggang babi meninggal dunia hampir dua bulan selepas pembedahan bersejarah itu berjaya dilakukan, lapor laman berita Washington Examiner semalam.

Richard Slayman, 62, menerima ginjal  babi pada Mac lalu, manakala keluarganya mengumumkan berita sedih itu kelmarin.

Sementara itu, Hospital Besar Massachusetts yang melakukan  pembedahan tersebut dalam satu kenyataan berkata, tiada indikasi menunjukkan Slayman mati daripada komplikasi pembedahan tersebut.

“Slayman akan sentiasa diingati sebagai tunjang harapan ramai pesakit yang memerlukan prosedur pemindahan ginjal di seluruh dunia.

“Kami berbangga dengan kepercayaan dan kesanggupan mendiang untuk terlibat dalam menambah baik bidang xenotransplantasi,” kata pengurusan hospital tersebut dalam satu kenyataan kepada laman berita ABC News.

Ginjal babi yang diterima oleh Slayman diubah suai menggunakan teknologi CRISPR-Cas9. Pasukan saintis menambahkan gen utama manusia dan mengeluarkan sebahagian gen babi yang berbahaya untuk menjadikan buah pinggang tersebut serasi dengan badan Slayman.

Ia adalah kali pertama buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik berjaya dimasukkan ke dalam badan pesakit yang masih hidup.

Sebelum ini,  buah pinggang babi pernah dipindahkan kepada penderma yang mati otak. – AGENSI 

Destination: