Pukul Pekerja Kedai Serbaneka Dengan Helmet, Tiga Lelaki Ditahan
TERKINIBaru-baru ini tular satu video di platform X yang memaparkan seorang lelaki memukul seorang pekerja kedai serbaneka menggunakan topi keledar. Kejadian itu dipercayai berlaku di Bentong.
Budak tu elok2 nak bekerja, kau yang kepala berkarat dah sampai nak pukul2 kenapa bangsat?
— YB Liberal 🇲🇾 (@WhyBeLiberal) August 29, 2024
Kejadian dekat Bentong, 7E depan Hospital Bentong.
Dia nak famous sangat, kita bagi. pic.twitter.com/YdAhVvmevw
Terkini, polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terbabit dalam kes pukul seorang pekerja kedai serbaneka sehingga cedera di kepala.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kesemua lelaki tempatan berusia antara 27 hingga 36 tahun itu ditahan di sekitar daerah Bentong pada jam 1.40 tengah hari tadi berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan makluman orang awam.
“Dua dari tiga suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk kes penyalahgunaan dadah. Hasil siasatan awal polis, mendapati punca kejadian pada jam 12.10 tengah malam tadi itu adalah kerana perselisihan faham dan pertengkaran mulut.
“Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 19 tahun telah membuat pemeriksaan dan menerima rawatan di Hospital Bentong dan polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.