Rekaan Baju Kotinjen Olimpik Malaysia 2024 Mengecewakan & Hambar

TERKINI
June 24, 2024 - 02:07 PM


Pakaian rasmi Kontinjen Malaysia yang akan bertanding di Sukan Olimpik XXXIII di Paris 2024 telah dilancarkan semalam bersempena dengan sambutan Hari Olimpik 2024 yang diadakan di The Exchange, TRX.

Kontinjen Olimpik Negara akan memperagakan pakaian dari Yonex Sunrise Malaysia dengan tema emas untuk mencerminkan usaha gigih Malaysia dalam mencari pingat emas yang sukar dicapai di Sukan Olimpik.

Yonex Sunrise telah menyediakan pakaian rasmi pasukan untuk Majlis Olimpik Negara  bermula dari Sukan SEA ke-31 di Vietnam 2021, dan kemuncaknya dengan Sukan Olimpik di Paris. Namun, reaksi warganet pula berbeza.

Ramai berpendapat, rekaan baju negara pada kali ini cukup hambar dan seperti acuh tak acuh. Bertanding di kejohanan Olimpik yang merupakan impian setiap atlet wajar diraikan dengan lebih bersemangat. Anda boleh rujuk di ruang komen @olympicmas untuk setiap komen mengenai rekaan.

Destination: