Rumah Kieda Crepe Dipecah Masuk 4 Sekawan, RM800,000 Barang Kemas Hanya Berbaki RM40,000
TERKINIEmpat sekawan ditahan polis bagi siasatan kes kecurian barang kemas dari rumah usahawan makanan dan pempengaruh media sosial, Kieda Crepe dekat Pokok Sena di sini, pada 25 April lalu.
@kiedacrepepenang Genap 40 hari kieda mengira hari... Tiada apa yang kieda harapkan.. semoga si Pelaku cepat-cepat ditangkap bersama bahan bukti🤲🏻 "Semoga sedihku, sakitku, susahku, sabarku, hari ini akan berubah menjadi bahagia untuk ku di hari esok." Aamiin 🤲 @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse ♬ original sound - KIEDACREPEPENANG
Suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 27 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 pagi tadi di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Zulkeflee Sulaiman, berkata keempat-empat suspek sebelum itu menghadiri perbicaraan kes pecah rumah yang dihadapi mereka.
"Mereka kemudian ditahan dan dibawa ke Mahkamah Butterworth untuk direman bagi membantu siasatan kes pempengaruh media sosial.
"Mahkamah membenarkan polis menahan reman kesemua suspek selama enam hari bermula hari ini hingga Selasa," katanya yang turut memaklumkan polis membuat rampasan barang kemas bernilai puluhan ribu ringgit terhadap suspek.
Difahamkan, polis merampas barangan kemas bernilai RM40,000 dipercayai milik usahawan tersebut selepas sebahagian besarnya sudah dijual .
Zulkeflee berkata, polis akan memanggil Kieda untuk membuat pengecaman barang kemas yang dirampas terbabit.
"Selain itu, dengan tangkapan empat suspek ini kita percaya berjaya selesaikan kes pecah masuk dan larikan barang kemas usahawan (Kieda) itu," katanya.