“Saya Bersedia Dikompaun”- Parkir Di Laluan Pejalan Kaki, Ketua Pemuda Amanah Mohon Maaf
TERKINIAhli Dewan Negara, Mohd Hasbie Muda tampil memohon maaf selepas gambar kenderaannya diletakkan di laluan pejalan kaki menjadi tular di media sosial.
Menerusi satu hantaran di X, seorang pengguna yang dikenali sebagai Jimmy Naj mempersoalkan tindakan pemilik kereta yang merupakan seorang Ahli Parlimen Malaysia meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.
“Kereta Ahli Parlimen Malaysia, parkir atas laluan pejalan kaki. Gaji banyak, elaun kereta dapat, pergi lah dekat tempat parkir berbayar,” ciapnya.
Kereta Ahli Parlimen Malaysia. Parking atas laluan Pejalan Kaki. Gaji banyak, elaun kereta dapat, pergi lah kat parking berbayar. pic.twitter.com/bsLKGdfIeY
— Naj (@JimmyNaj) July 24, 2024
Hantaran tersebut mendapat perhatian Ketua Pemuda AMANAH yang kemudiannya menerusi ciapan balas telah mengakui kenderaan tersebut adalah miliknya dan memohon maaf atas perkara tersebut.
“Saya mengambil maklum dengan isu tular sebuah kenderaan Ahli Parlimen (Dewan Negara) yang diletakkan di laluan pejalan kaki.
“Sebagai pemilik kenderaan tersebut, saya dengan penuh rasa kesal memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab penuh,” katanya menerusi hantaran di platform X.
Ujarnya lagi, dia berjanji kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
Sebagai pemilik kenderaan tersebut, saya dengan penuh rasa kesal memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab penuh.
— Hasbie Muda 🇲🇾 🇵🇸 (@hasbiemuda_) July 24, 2024
Saya amat menyesali kesulitan yang telah timbul dan bersedia dikenakan kompaun.
Saya berjanji kejadian ini tidak akan berulang lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan kemarahan atas tindakan Hasbie kerana dianggap menyalahgunakan kedudukannya sehingga mengganggu fasiliti untuk kegunaan orang awam.
Bahkan, orang ramai turut mempersoal kenapa wakil rakyat itu tidak memarkir kereta terbabit di kawasan parkir berbayar.
Sumber: X