Syed Saddiq Digelar Juara "Lompat Pagar" Oleh Netizen Setelah Kantoi Menipu Dalam Triathlon Desaru 2024
TERKINIMenjadi ahli politik sudah pasti tidak akan terlepas dengan sebarang kontroversi, lagi-lagi jika anda terlalu aktif di laman sosial. Zaman berita pantas tersebar seakan makan diri buat Syed Saddiq yang terlalu excited untuk kongsikan segalanya di media sosial.
Jika diteliti data yang dia tunjukkan, jelaslah pusingan 1 berbasikal itu tidak cukup jarak. Kerana itulah dia habis berbasikal itu cepat berbanding yang menang juara.
Dieter Velter (juara) berbasikal dia ambil masa 2 jam 37 minit, 47 saat.
Syed Saddiq (kini DNF)km berbasikal dia ambil masa 2 jam 37 minit 23 saat.
Berbasikal dalam acara tersebut adalah pada jarak 90km ( 30km satu pusingan).
Jarak keseluruhan Syed Saddiq adalah cuma 72 km.
Jika dipecahkan dengan menganggap pusingan kedua dan ketiga adalah betul 30 km, maka pusingan pertama beliau adalah 72-60 = 12 km.
Bermakna pada pusingan pertama itu jarak beliau adalah 12 km sahaja.
Beliau mendakwa dia termasuk pusingan untuk acara pusingan 'olimpik', bukan acara pusingan '113'.
"Ini adalah 'kesilapan jujur' saya, saya minta maaf" kata Syed Saddiq.
Pendapat saya, kita memang akan perasan kalau kita berbasikal 12 km berbanding 30 km.
Takkanlah Syed Saddiq tak perasan, 'split time' beliau untuk pusingan 1 beliau 13 minit sahaja, berbanding satu jam lebih untuk pusingan 2 dan 3? Bendera merah sangat dah tu.
Sepatutnya pihak penganjur juga dah boleh kesan awal sebelum sesi penyampaian hadiah. Semak betul-betul masa tu ketika itu. Bukan semak selepas acara selesai, selepas dihentam warga net.
Dalam kes ini, sudah disahkan tidak cukup jarak, maka status yang sepatutnya adalah DQ (disqualified) bukannya DNF (Did not finish).
Syed Saddiq juga seharusnya memulangkan trofi yang dimenangi, dan memberikannya kepada pihak yang sepatutnya menang tempat ketiga.
Berikut kenyataan penuh beliau, diterjemah dari bahasa Inggeris:
"Saya ada kemas kini dan data terkini seperti yang diminta. Ini diposkan selepas perlumbaan dan merupakan penjelasan paling terperinci pada setiap pemeriksaan yang baru saya terima daripada pasukan teknikal. Selepas membuat perbandingan dengan data iWatch saya, jelas terdapat kesilapan dan saya mengambil tanggungjawab penuh atas perkara ini.
Izinkan saya jelaskan. Semasa sesi berbasikal, saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena kerana saya tiba lebih awal daripada jangkaan. Saya segera melaporkannya kepada Pasukan Teknikal 1. Pada masa itu, saya dimaklumkan bahawa tiada masalah dan saya boleh teruskan seperti biasa. Pasukan Teknikal 1 terdiri daripada dua pegawai yang boleh memberi keterangan tentang perkara ini.
Dengan data terkini ini, ia menunjukkan bahawa saya telah melengkapkan tiga pusingan dan melalui semua pemeriksaan, tetapi satu pusingan pada awalnya adalah untuk perlumbaan Olimpik, bukan untuk perlumbaan 113.
Ini ditunjukkan dengan jelas pada perenggan 6, di mana pusingan 1 adalah pusingan Olimpik, manakala pusingan 2 dan pusingan 3 tiada masalah. Ini menjelaskan mengapa ia bukan dua pusingan pada 60 km tetapi tiga pusingan pada 72 km.
Izinkan saya menunjukkan data Strava saya, ia tidak begitu terperinci tetapi sudah pun menjadi umum. Saya juga membuat perbandingan bersama data iWatch saya untuk mendapatkan lebih banyak butiran. Namun, sebab saya tidak berkongsi ini lebih awal adalah kerana beberapa fakta tidak tepat. Sebagai contoh, iWatch saya hanya mencatatkan saya berenang 400 meter sedangkan perlumbaan sepatutnya 2.25 km. Pada masa yang sama, masa larian yang didaftarkan adalah lebih lewat daripada yang dilaporkan. Itulah sebabnya saya menunggu data rasmi untuk membuat perbandingan.
Ini adalah kesilapan jujur di pihak saya. Walaupun saya telah memeriksa masalah ini semasa perlumbaan dan memberitahu pasukan teknikal, sebagai peserta, saya seharusnya lebih bertanggungjawab. Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada komuniti triathlon. Ya, saya adalah peserta baru dan saya berhasrat untuk memperbaiki diri. Selepas berbincang dengan penganjur dan wakil teknikal, adalah lebih baik jika status saya adalah DNF. Mereka juga mengakui bahawa ini adalah kesilapan jujur.
Saya berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang dan akan bekerja rapat dengan komuniti untuk menjadi lebih baik kerana ini adalah sukan yang saya cintai. Terima kasih banyak-banyak."
Syed Saddiq tak tamatkan larian
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berjaya menghabiskan larian dalam acara triatlon di Johor Bahru, Sabtu lepas.
Perkara itu berdasarkan kemas kini di laman web keputusan Triatlon Desaru 2024 hari ini, walaupun dia sebelum ini dinobatkan sebagai pemenang ketiga.
Dengan keputusan itu, kemenangannya mungkin dibatal.
Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang pengumuman dibuat dibuat oleh penganjur berkaitan perkara itu.
Kemas kini terbaru menunjukkan kedudukan Syed Saddiq kini berstatus DNF (tidak tamat).
Sumber: Muhamad Harris Nasril