[VIDEO] Demi Hantar Nasi Ayam, Abang Grab Ni Sanggup Naik Flight Dari Thailand Ke Singapura!

TERKINI
October 31, 2023 - 03:45 PM


Tular rakaman video seorang penghantar makanan yang menaiki pesawat dengan beg makanan untuk ke Singapura.

Video tersebut dimuat naik pengguna TikTok, @thita.vy yang terkejut melihat kesanggupan penghantar makanan untuk ke negara lain demi pelanggan.

Menurut Thaiger, seorang pelanggan di Thailand telah membeli nasi ayam yang ditempah di Singapura.

Video tersebut menunjukkan penghantar makanan yang lengkap beruniform dan membawa beg syarikat penghantaran.

Dia dilihat telah bersiap sedia untuk berlepas di sebuah lapangan terbang yang tidak dinyatakan di Thailand.

Pada awalnya pemilik video menyangka ada seseorang memesan makan di lapangan terbang dan terkejut apabila menaiki pesawat sama dengan penghantar makan tersebut.

Lebih mengejutkan apabila dia mengetahui penghantar makanan itu diupah untuk membeli nasi ayam di Singapura.

Usaha keras lelaki tersebut menyebabkan wanita itu terfkir untuk memintanya melakukan perkara sama andai dia mahu membeli teh susu bubble dari Taiwan

Video yang dimuat naik itu tular dan menjadi perdebatan pengguna lain dengan ada yang mengesyaki bahawa kejadian itu adalah semata-mata kandungan yang dihasilkan.

Namun, ada juga pengguna yang menegaskan bahawa terdapat sebilangan orang sanggup melakukan apa-apa sahaja semata-mata untuk memenuhi keinginan mereka.

Kadang-kadang bila teringin sangat nak makan tapi semua kedai tak sedap, pastinya mereka yang ada duit akan buat kerja gila sebegini.

@thita.vy อยากกินขนมโตเกียว พี่เขาจะไปซื้อที่ญี่ปุ่นให้มั้ย 🤓 #วาสนาผู้ใด๋น้อ #grab #grabth ♬ วาสนาผู้ใด - Parkmalody
Destination: