[VIDEO] "Nasi Lemak Kari Ayam Tabur Serbuk Milo" - Order Grab Paling Pelik Pernah Diterima!
TERKINISebut mengenai nasi lemak, pastinya ramai yang bersetuju hidangan ini merupakan pilihan ramai di Malaysia. Dipadankan bersama lauk ayam, telur atau sambal sotong membuatkan hidangan ini bertambah enak.
Dalam pada itu, lain pula ceritanya kali ini apabila pekedai ini mendedahkan telah menerima pesanan daripada seorang pelanggan menerusi aplikasi Grab yang mahukan "nasi lemak ditabur dengan serbuk milo".
Kedengaran mungkin sangat aneh kerana kombinasi pelik yang jarang dimakan orang nasi lemak ayam beserta taburan serbuk milo -- namun disebabkan tidak mahu menghampakan pelanggan, pekedai ini turut meminta pendapat daripada majikannya di mana majikannya yakin ‘customer always right’ serta bersetuju untuk meneruskan membuatkan pesanan pelanggan berkenaan.
Alahai.. rare sungguh request sempena birthday dia. Nak buat macam mana "Customer Always Right" 🤭 pic.twitter.com/AbGy9IDP82
— 🇲🇾 (@localrkyt) November 29, 2023
Berdasarkan perkongsian, wanita ini pada mulanya telah mempersiapkan hidangan nasi lemak kari ayam dan kemudiannya telah meletakkan empat sudu milo beserta sambal.
Beliau turut membuat sedikit lukisan kecil beserta tulisan ‘Happy Birthday’ buat pelanggan berkenaan.
Citarasa aneh pelanggan ini walau bagaimanapun telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya turut terkejut dengan permintaan pelanggan ini.
Siapa sangka pelanggan tersebut sangat berpuas hati dengan pesanan yang diterima serta turut berkongsi gambar menjamah hidangan nasi lemak kari ayam beserta taburan serbuk milo di mana turut terdapat perbulaan antara pekedai dan pelanggan tersebut.
Ni convesation diorang. Owner tiktok tu chat cust dia untuk confirmation, so mmg betul milo tu tabur atas nasi lemak 🤣 pic.twitter.com/dZKJF5QLQj
— F (@farahazizan_) November 29, 2023
Sumber: The Vocket