[VIDEO] Peniaga Di Terengganu Yang Kibar Bendera Israel Rupanya Ada 4 Rekod Jenayah & 'Wanted' Polis!

TERKINI
October 26, 2023 - 03:35 PM


Sekeping gambar memaparkan bendera Israel yang dikibarkan di sebuah premis di Terengganu telah mengundang kemarahan orang ramai, baru-baru ini.

Tular di media sosial, pihak polis Terengganu segera mengambil tindakan untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan pengibaran bendera berkenaan.

Menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan pengibaran bendera itu, pihak polis Terengganu segera mengambil keterangan daripada seorang lelaki berusia 30-an.

Difahamkan, suspek yang merupakan seorang peniaga itu didakwa terlibat dalam pengibaran bendera Israel di premis yang tular di pelbagai platform media sosial itu.

Mengejutkan, siasatan awal mendapati peniaga Terengganu itu mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah dan merupakan suspek yang dikehendaki oleh polis.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes berhubung peniaga yang mengibarkan bendera Israel berkenaan.

Memetik laporan Berita Harian, pihak polis ketika ini sedang menunggu arahan lanjut selepas kertas siasatan dihantarkan ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN).

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 5 Akta Lambang Dan Nama 1963 (Penggunaan Tidak Wajar), Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 iaitu perbuatan dengan niat untuk menganggu keamanan dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah selain dikehendaki untuk kes Seksyen 39C ADB 1952,” katanya.

Terdahulu, tindakan peniaga mengibarkan bendera tersebut telah menimbulkan kemarahan kerana ia seolah-olah menunjukkan pemilik premis itu menyokong Israel.

Kejadian ini bagai membawa maksud bahawa peniaga berkenaan tidak sensitif dengan kekejaman telah dilakukan tentera Israel ke atas penduduk Gaza, Palestin.

@sekompo_2u

Sebuah premis di terngganu di kesan mengibarkan bendera israel. pelaku dikatakan telah memohon maaf..

♬ original sound - Rakhmat75 - @RahmatNovie75

Sementara itu, Mazli sempat mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan yang boleh membangkitkan kegusaran masyarakat termasuk mengibar bendera Israel.

Katanya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang dikesan melakukan kesalahan atau memainkan isu sensitif untuk mengugat keamanan dan ketenteraman awam.

Perkara tersebut didedahkan Mazli menerusi satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

Destination: