[VIDEO] Pokok Tumbang Hempap Beberapa Buah Kereta Di Jalan Sultan Ismail

TERKINI
May 07, 2024 - 03:40 PM


Satu kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat berlaku di Jalan Sultan Ismail, di sini, berhadapan Hotel Concorde, petang ini.

Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur M Fatta M Amin berkata, dua mangsa tersebut tersepit dalam kenderaan masing-masing dan berjaya dikeluarkan anggota bomba.

Salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) manakala seorang lagi yang cedera terus menerima rawatan di lokasi kejadian.

Berdasarkan beberapa video yang tular, pokok menghempap hampir 10 kenderaan sehingga menyebabkan remuk teruk.

Ketika kejadian kenderaan yang dihempap melalui laluan dari arah Kampung Baru menuju ke arah Bukit Bintang.

Kejadian juga turut menyebabkan sebuah monorel yang melalui landasan di atas laluan berkenaan turut tergendala. 

 

Destination: