[VIDEO] Remaja Lelaki Tikam Pemandu Grab Di Sungai Petani

TERKINI
November 28, 2023 - 10:55 AM


Satu video yang dimuat naik di media sosial telah tular yang memaparkan insiden serangan terhadap seorang pemandu e-hailing yang dipercayai berlaku Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah. Rakaman kejadian di dalam kereta itu tular di media sosial sejak malam tadi dan berdasarkan waktu terpapar pada video itu, ia berlaku kira-kira pukul 6.20 petang semalam.

Lebih mengejutkan lagi, menerusi video tersebut, kegiatan itu dilakukan oleh seorang penumpang yang dilihat sangat muda. Menerusi rakaman tersebut, suspek yang sedang duduk di bahagian belakang tempat duduk penumpang dilihat memakai baju dan berkopiah putih. 

Berdasarkan video itu, kelihatan pemandu tersebut beberapa kali melakukan pusingan di sebuah taman perumahan selepas diminta remaja tersebut kononnya mahu menghantarnya di sebuah lokasi.

“Saya pakai kereta cari duit, bukan ini macam. Saya bukan you punya bapak. Aiya lu ini olang, panas hati you bikin saya.

“Lu itu budak main-main ya. Saya cakap lu jangan main-main,” katanya kepada remaja berkopiah itu selepas diarahkan memandu mengikut tunjuk arah remaja tersebut.

Sebaik berhenti di lokasi yang diberitahu, pemandu tersebut mengeluarkan wang kertas daripada poket bajunya dan pada ketika itulah, remaja yang berada di kerusi belakang mengeluarkan pisau dan mahu menikam dadanya.

Cubaan remaja itu gagal apabila pemandu lelaki berkenaan menangkis serangan dilakukan. Pemandu itu juga sempat menggenggam dan menggigit tangan remaja berkenaan serta merampas pisau tersebut, manakala suspek terus keluar daripada kereta dan melarikan diri.

Sementara itu, seorang wanita di laman Facebook dikenali sebagai Alice Owi tampil mendakwa sebagai menantu kepada pemandu tersebut.

"Budak tu umur 13 tahun, dia sudah ditangkap dan dibawa ke balai polis. Dia masih lagi di sana sekarang.

"Nasib baik bapa mentua saya tak cedera dan luka apa-apa," jelas Alice tentang situasi mangsa.

Insiden yang berlaku ini mengejutkan netizen yang rata-ratanya terkejut kerana tindakan seorang remaja yang mampu bertindak sedemikian.

"Aduh... gila betul perangai, nasib baik pisau tu terkena tali pinggang. Budak ni ada sakit apa-apa ke, mungkin secara mentalnya?

"Umur baru 13 tahun tapi dah berani buat benda macam ni, memang merempat la kau dalam juvana.

"Barua punya budak.

"Kau memang gila dik sumpah gila takde otak akal semua takde memang gila kau ni dik. Kau nak apa sebenarnya ni?" komen mereka.

Kau dah kenapa dik? Nak masuk Juvana sangat ke?!

 

Kredit: Majoriti & Kosmo

Destination: