5 Jenama Pakaian Muslimah Yang Terbaik Untuk Aktiviti Lasak Ketika Korang Travel

TIPS TRAVEL
October 22, 2020 - 06:32 PM


Kalau korang seorang wanita, Muslimah, dan suka travel, mesti korang akan perasan yang kebanyakan wanita hanya menyarung baju biasa ketika melakukan aktiviti lasak. Sebagai contoh, pergi hiking, mountain climbing, dan jungle trekking. Baju-baju ini sebenarnya tidak sesuai dan boleh mendatangkan kesan luka atau melecet sekiranya korang tidak meletakkan gel (Vaseline dll.) di permukaan kulit. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku korang boleh mengenakan pakaian yang direka khas untuk bersukan dan membuat aktiviti lasak.

Tapi mana nak beli? Jangan risau, ini adalah 5 brand yang menjual pakaian sukan untuk Muslimah di Malaysia.

 

Ryada Activewear

Misi Ryada Activewear adalah untuk memastikan Muslimah sentiasa kelihatan dalam keadaan yang terbaik sambil melakukan aktiviti mereka. Semua pakaian di kedai ini menggunakan advanced cooling material bagi memastikan pengguna berasa selesa dan pakaian tersebut tahan lasak.

Laman Web ว€ Facebook ว€ Instagram

 

Nashata

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hey girls, get ready to build back your muscle mass! Get yourself this NEW Nashata Sleeveless Hoodie. It is long & loose, comfy & cooling. Wear it in many fun styles! Other features: - Front pockets, - Long ๐Ÿ‹fishtail design. It covers your back, - Roomy hoodie, - Made of lightweight, breathable fabric, - Suitable for all body shapes, - Sizes: XS/S/M/L/XL (XS is for children ages 12 and above) - Wear it to for outdoor workout, gym, travel and leisure, โ›น๏ธโ€โ™€๏ธ๐Ÿšดโ€โ™€๏ธ๐Ÿšตโ€โ™€๏ธ๐Ÿคพโ€โ™€๏ธ๐Ÿง˜โ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ•๐Ÿ๐Ÿžโœˆ - Melange and mesh lightweight fabric - Average weight based on size XL : 235 g / 0.51 lb - Model is 165 cm or 5'4" and wears M - Colors : navy blue, olive green, grey - Price : RM89/SGD30/USD22 EARLY BIRD PRICE SPECIAL - RM10/SGD3/USD2.5 off. Valid until 31st May. Auto deducted from cart at nashata.com. Limited pieces available. #hoodietop #hoodiefishtail #longhoodie #sleevelesshoodie #functionalsportswear #modestactivewear #modestwear #modestspprtswear #hoodielovers #sustainablefashion #sportsfashion #hoodiefashion #nashata #juniorwear

A post shared by Nashata (@nashatadotcom) on

Sesuai  untuk korang yang melakukan aktiviti lasak. Nama Nashata sendiri asalnya dari Bahasa Arab yang bermaksud aktif. Bukan sahaja selesa untuk dipakai, malah Muslimah juga bakal berasa yakin dengan diri mereka. Kedai ini juga diuruskan oleh Muslimah, jadi korang boleh pilih pakaian yang sesuai untuk badan korang.

Laman Web ว€ Facebook ว€ Instagram

 

Poplook

Kalau korang tak tahu, Poplook ni dah lama berada dalam industry fesyen Muslimah, sejak dari tahun 2009 lagi tau. Jadi mereka memang faham kehendak dan keinginan Muslimah dalam berpakaian ketika melakukan aktiviti bersukan atau lasak. Malah kebanyakan baju mereka sangat selesa untuk dipakai dan mendapat review yang baik dari pengguna.

Laman Web ว€ Facebook ว€ Instagram

 

Raqtive

Pakaian sukan Raqtive memang dibuat khas untuk Muslimah dengan designnya yang cantik, ringan, dan selesa untuk dipakai. Raqtive memberikan keutamaan kepada Muslimah bagi memastikan pakaian mereka menutup aurat dan tidak mendedahkan. Bukan tu je, design pakaian Raqtive juga sangat cantik dan moden, tak perlu risau tentang penampilan diri korang.

Laman Web ว€ Facebook ว€ Instagram

 

Zucylucy

Lebih dikenali dengan pakaian renang mesra Muslimah bagi korang yang sukakan aktiviti mandi-manda sama ada di sungai, kolam, ataupun pantai. Terdapat beberapa pilihan lain untuk korang seperti jogger pants, active skirts, skirt pants, dan reflect t-shirt. Senang cerita, sebagai seorang Muslimah korang tak perlu fikir panjang la mana nak beli pakaian sukan korang lepas ni.

Laman Web ว€ Facebook ว€ Instagram

 

Beli Online Je, Tak Perlu Keluar Rumah Pun

Sekarang ni kes COVID-19 tengah naik balik di Malaysia, bagi menjaga keselamatan diri dan orang lain, korang duduk jelah rumah dan beli online okay? Lagi selamat dan tak perlu risau terkena jangkitan. Apa pun, korang boleh check website dan media sosial bagi setiap kedai yang disenaraikan di atas. Selamat bershopping girls!

Destination: 
Artikel berkaitan