Ini 9 Info Penting Yang Anda Kena Tahu Sebelum Beli Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia AirAsia!

June 11, 2020 - 01:52 PM


Semalam AirAsia melancarkan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia yang berharga RM399 bagi menyokong pelancongan domestik selaras pengumuman kebenaran rentas negeri dan aktiviti pelancongan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ternyata ramai yang teruja dengan tawaran pas tersebut.

Namun sebelum anda membelinya, apa kata anda ketahui dahulu 9 info penting di sebalik tawaran Pas Tanpa Had berkenaan :-

1. Pas ini membolehkan anda terbang tanpa had ke destinasi AirAsia terpilih di dalam Malaysia bermula dari 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

2. Harga RM399 hanya caj asas (base fare) dan tidak termasuk cukai serta tambahan lain seperti bagasi atau makanan. Kalau anda tiada sebarang add-on, anda hanya perlu tambah RM12 sehala setiap kali penerbangan yang merangkumi Passenger Service Charge (RM11) dan Regulatory Service Charge (RM1)

3. Hanya penerbangan AK sahaja yang boleh ditebus menggunakan pas ini. 

4. Satu orang hanya layak memiliki satu pas dan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain. Belikan untuk orang lain juga tak boleh. 

5. Pas ini hanya boleh dibeli untuk penumpang yang berumur 12 tahun dan ke atas sahaja.

6. Penebusan tiket adalah terhad dan tidak digalakkan untuk memilih tarikh-tarikh puncak seperti cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu.

7. Dalam sehari, ada kuota khas untuk penumpang Pas Tanpa Had ini. Ia bermakna, walaupun pas ini diberi nama UNLIMITED, tetapi tempat duduk adalah LIMITED. Tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk pada tarikh yang anda pilih. 

8. Semua penebusan boleh dilakukan menggunakan aplikasi AirAsia.   

9. Penalti akan dikenakan sekiranya anda gagal untuk hadir dan check-in semasa tarikh yang anda pilih. Sekiranya ia berulang sehingga 3 kali, secara automatik pas anda juga akan terbatal!



Meskipun mempunyai beberapa terma dan syarat, tetapi pas ini disifatkan sebagai "sangat berbaloi" untuk anda beli sekiranya anda meronta-ronta nak bercuti dalam Malaysia.

Ia juga nyata lebih menjimatkan sekiranya anda seorang yang kerap kali berulang alik dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak.

Malah anda juga mempunyai tempoh masa lebih 9 bulan untuk memanfaatkan pas berkenaan.

Jadi tunggu apa lagi cepat-cepat dapatkan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia itu di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) mulai 11 hingga 13 Jun ini sahaja!

Lihat sini untuk membaca terma dan syarat yang lebih lengkap mengenai pas tersebut: MUAT TURUN PANDUAN AIRASIA UNLIMITED PASS CUTI-CUTI MALAYSIA

Baca Artikel Terdahulu: AirAsia Lancar Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia

Destination: