Northen Lights : Ini Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Mahu Melihat Dan Alami Keindahannya

March 02, 2020 - 02:43 AM


Northen Light merupakan ‘pertunjukan’ yang paling menakjubkan di bumi adalah 100 peratus percuma, tetapi anda perlulah bersedia untuk berbelanja (dan melancong) untuk melihatnya.

Northen Lights atau Aurora merupakan kejadian semulajadi yang merupakan paling indah berlaku di penghujung dunia dan kejadian atau kejadian cahaya ini akan menyebabkan langit akan dilimpahi cahaya hijau yang cantik dan memukau.

Dari segi pengalaman salah seorang penulis, Aurora ini sebenarnya agak sukar kelihatan jika cuaca tidak terlalu baik dan untuk mendapat gambar yang cantik, perlu lakukan pengorbanan seperti ‘tahan’ cuaca yang sangat sejuk.

Apa Itu Aurora

Aurora Borealis (Northen Light) dan Aurora Australis (Southern Light) adalah kejadian semulajadi yang memaparkan cahaya dan warna yang pelbagai seperti hijau, kuning, ungu, merah dan kadangkala biru.

Menurut persepsi Sains, apa yang dilihat merupakan kejadian dimana oksigen dan nitrogen bertindakbalas dengan partikel elektrik dari angkasa. Jadi ia akan menghasilkan pelbagai jenis cahaya.

 

Lokasi Aurora

Secara teorinya, cahaya ini boleh dilihat dari Norway, Sweden, Finland, Iceland, Russia, Kanada atau Alaska. Namun beberapa lokasi atau bandar popular untuk pengejar Aurora ialah Kiruna di Sweden, Rovainiemi di Finland, Bordeyri di Iceland dan Yellowknife di Kanada.

 

Waktu Terbaik Kejar Aurora

Secara umumnya, pergi ke Kanada atau Alaska pada Ogos hingga Mei, Finland dari akhir Ogos sehingga April, Sweden dari September ke Mac dan Iceland dari akhir Ogos hingga pertengahan April.

Dari segi masa, ia akan berlaku setiap malam tidak mengira masa, asalkan cahaya matahari tidak melebihi daripada kekuatan cahaya aurora dan pastinya ketika tidak terlalu berkabus.

 

Cara Untuk Melihat Fenomena Cantik

Sama seperti mahu melihat bintang – bintang yang cantik, aurora akan lebih cantik di kawasan yang jauh dari pencemaran.

Kedua, perlu bersedia untuk menunggu lama kerana kejadian aurora ini mengambil masa yang lama untuk menjadi banyak atau cantik sepenuhnya menurut penjaga kawasan Aurora di Reykjavik.

Cara Terbaik Mengambil Foto Aurora

Menurut pembacaan, ramai yang kecewa kerana untuk mendapatkan gambar aurora yang cantik dan bagus itu amat sukar. Hakikatnya, kejadian nya cantik, tetapan kamera yang salah menyebabkan imej yang dihasilkan nampak ‘biasa’.

Menurut penjaga muzium aurora tadi, setting terbaik untuk mengambil gambar aurora ialah dengan menetapkan focus kamera kepada infiniti, menggunakan shutter yang perlahan (10 saat) dan aperture yang paling rendah yang disediakan dalam kamera (3.5 atau lebih rendah).

ISO di tetapkan pada ketinggian 1600 dan white balance sekitar 3000 kelvin.

Jadi; sebagai ringkasan :
Shutter Speed : 10 saat ke atas

Apeture : 3.5 atau lebih rendah

ISO : > 1600

White Balance : 3000 Kelvin