Resort Tercantik Di Taman Negara Yang Cukup Mendamaikan

November 25, 2021 - 11:42 AM


Sesetengah orang lebih gemar untuk bercuti di tempat yang terletak jauh dari bandar dan dikelilingi oleh nature. Ini kerana tempat sebegini sangat mendamaikan dan boleh membantu kita untuk lupakan sementara hal-hal di tempat kerja. Di Malaysia, terdapat banyak tempat menarik yang membolehkan korang explore tempat-tempat nature. Setiap tempat mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri bergantung dengan cita rasa korang.

Taman negara sering menjadi tempat tumpuan bagi orang-orang yang gemarkan alam semula jadi kerana di sini terdapat aktiviti menarik yang pasti akan memberikan satu kenangan manis kepada korang semua. Di dalam artikel kali ini, kami akan sharekan kepada korang tentang satu resort yang sangat best terletak di Taman Negara Pahang. Kenapa kami cakap ianya best, korang kene tngk gambar di bawah.

Bayangkan berada di sini dan korang boleh relax sambil minum secawan teh di pagi hari. Menarik lagi tentang tempat ini adalah untuk masuk ke resort, korang mesti menaiki 4x4 yang akan disediakan oleh pihak resort. Tips terbaik dari kami adalah pastikan korang membawa terus barang-barang yang ingin di beli siap-siap sebelum menaikinya kerana agak sukar untuk korang nak keluar.

Resort ini mendapat review yang cukup baik dari ramai orang dan rata-rata yang pernah datang ke resort ini memberikan respon positif. Makanannya yang sedap, staff friendly dan ownernya juga seorang muslim tentu sekali adalah bonus dan mejanjikan korang pengamalan yang manis sepanjang berada di sini. Mesin coway juga disediakan untuk minum air.

Bagi yang berkeluarga, adalah lebih baik jika korang mengambil family capsule atau Azalea. Ini kerana toilet juga disediakan dan tempatnya cukup selesa untuk membawa anak kecil. Jadi jika korang adalah pencinta alam, kami syorkan untuk datang ke sini. Pasti cinta pandang pertama korang terhadap keindahan hutan di sini akan memukaukan minda. Berikut merupakan maklumat lanjut tentang tempat ini.

📍 Danz Eco Resort

📞 09-266 3036

📸 Kredit Najwi Amri

Destination: