Tips Elak Sakit Ketika Travel

September 12, 2019 - 12:15 PM


Jatuh sakit semasa travel merupakan perkara terakhir yang kita nak terjadi, baik sekadar selsema, sakit kepala, keracunan makanan, demam atau yang lain – lain pastinya ia akan sedikit sebanyak mengganggu percutian atau perancangan kita.

Orang kata, mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi, eloklah sekiranya kita amalkan tips mencegah sakit ketika travel ini untuk mengelakkan perkara yang tak diingini nanti.

#1. Basuh Tangan Sekerapnya

Mungkin kedengaran cliché dan jelas kepada semua, tapi kadangkala bila dah excited sangat explore tempat orang, kita terlupa untuk basuh tangan. Kena ingat, semasa travel, tangan kita menyentuh pelbagai benda dan dalam masa yang sama terdedah kepada pelbagai kuman yang ada di udara dan sebagainya.

Contoh mudah, ketika berada di lapangan terbang. Setiap hari, beribu – ribu atau mungkin berjuta-juta orang akan berada di lapangan terbang terutamanya di kiosk keselamatan, bakul yang ada di tempat imigresen atau kastam tu dan kerusi yang kita duduk sementara nak tunggu pesawat tu. Ya, kerusi tu pun sebenarnya banyak kuman.

Kita boleh mengurangkan penyebaran bakteria dengan sekurang-kurangnya membasuh tangan selama 20 saat dan pastikan celah – celah kuku juga dibasuh. Tiada sabun atau air? Sediakan hand sanitizer yang khas untuk travel tu.

Paling utama, jangan kerap memegang muka sebab kuman atau bakteria yang ada pada tangan ni    boleh tersebar dengan mudah melalui mulut, mata dan hidung.

 

#2. Banyakkan Minum Air

Walaupun kadangkala minuman manis memang memanggil-manggil, kita kena jaga juga kandungan pengambilan gula dalam sehari. Jadi, perlu banyakkan minum air kosong, lebih – lebih lagi kalau makan makanan yang ‘pelik’ sikit daripada makanan harian kita.

Untuk atasi masalah kembung, ketidakhadaman makanan dan sebagainya, boleh minum air suam dengan perahan lemon sedikit 15 minit sebelum setiap sesi makan. Ini boleh elakkan masalah senak perut, ketidakhadaman atau pedih hulu hati.

Kalau dalam satu penerbangan yang lama dan panjang, minum banyak air juga boleh membantu tubuh badan untuk atasi masalah atau kesan dehidrasi seperti pening kepala, kejang otot dan kepenatan. Walaupun korang akan kerap ke tandas, tapi ini adalah lagi baik daripada terbaring atas katil disebabkan jatuh sakit.

 

#3. Pakai Pakaian Bersesuaian

Walaupun kita mungkin dah biasa dengan keadaan cuaca panas di Malaysia, tetapi sebenarnya apa yang merisaukan adalah kesan sinaran UV kepada kulit. Selain boleh menggunakan krim penghalang matahari tu, boleh juga cari pakaian anti-UV atau SPF Clothing.

Kalau cuaca terlalu panas, kalau boleh elakkan berada di bawah matahari terlalu lama, sebabnya selain boleh mengakibatkan sunburn pada kulit, kita boleh diserang strok haba ataupun mungkin akan sakit kepala, selsema dan rasa tak sedap badan.

 

#4. Amalkan Pemakanan Berkhasiat

Agak merugikan sekiranya travel ke tempat orang tapi tak cuba pelbagai jenis makanan tempatan, lagi – lagi makanan tersebut hanya ada di destinasi tersebut sahaja. Tetapi, dalam mencuba makanan yang sedap – sedap tu, perlu diingatkan yang menjaga kesihatan tubuh badan ni datang dari perut jugak. Bak kata orang ‘you are what you eat’.

Ketika travel, agak ‘merugikan’ kalau kita tak cuba streetfood kan? Selain status ke-halal-an makanan tersebut, pastikan persekitaran gerai adalah bersih dan peniaga menjaga kebersihan diri mereka jugak.

Perkara yang korang kena perhatikan adalah :

  1. Peniaga menggunakan sarung tangan atau setidaknya mencuci tangan setiap kali sebelum mengendalikan makanan tersebut. Selain itu, tempat menyediakan makanan tersebut macam meja dan sebagainya tu bersih.

  1. Kalau kita ke negara yang kualiti airnya tidak berapa elok, belilah air botol. Kalau di kedai, elakkan minuman berais.
  2. Elak makanan mentah, terutamanya seafood dan daging. Ini kita kadangkala tak pasti macam mana diorang simpan bahan mentah tersebut.

Kadangkala, memang sakit perut dekat negara orang tu akan berlaku, terutama hari pertama atau kedua sebab perut belum sesuaikan diri dengan makanan sana. Sebolehnya, kita elak terkena keracunan makanan sahaja. Ikut langkah mudah dekat atas tu.

 

#5. Bawa Kit Pertolongan Cemas ‘Basic’

Kit pertolongan cemas atau first aid kit ini merupakan barang yang jatuh hukum ‘wajib’ untuk ada dalam beg semasa travel. Walaupun tak digunakan, mana tahu, satu hari nanti ia akan berguna juga.

Bila sebut kit pertolongan cemas, bukanlah bermaksud korang kena bawak set penuh, bawa yang asas sahaja. Antaranya :

  • Plaster
  • Krim Antihistamine (Krim untuk ruam / gatal)
  • Pain Killer / Paracetamol
  • Antiseptic Wipe
  • Tiger Balm
  • Ubat Khas ( ini kalau korang ada penyakit tertentu dan kena makan ubat tertentu)

Cukup sekadar itu yang perlu ada. Lain – lain, boleh dibeli di farmasi ketika travel nanti.

p/s : Kita hanya merancang, jadi sebelum dan semasa travel, jagalah kesihatan seelok-eloknya. Lagi satu, dapatkan travel insurans, mudah je. Online pun boleh.