Tips Elakkan Mabuk Laut Semasa Travel

October 04, 2019 - 06:35 PM


Kadangkala, semasa kita travel kita diperlukan menaiki atau menggunakan pengangkutan air seperti bot, feri mahupun cruise. Mungkin pada anda ia perkara biasa, tapi untuk sesetengah orang, mabuk laut ni perkara yang tak boleh nak dibawa berbincang. Sampai ada yang sanggup tak ikut disebabkan kena naik bot atau ada kaitan dengan laut.

Sebenarnya, keadaan pening atau mabuk kenderaan ni boleh terjadi tak mengikut pengangkutan. Kadangkala naik kereta, kadangkala keretapi dan sebagainya. Kalau kita perasan, penyebab pening atau mabuk ini adalah sama.

Kalau ikutkan satu penulisan di WebMD, pening atau mabuk kenderaan ni berlaku apabila sistem keseimbangan dalam badan seperti mata, telinga dan saraf deria tahu yang kita dalam perjalanan tetapi bahagian badan lain tidak. Dia ibarat terkelirulah sebenarnya.

Ada beberapa cara yang korang boleh gunakan untuk kurangkan atau hilangkan mabuk kenderaan antaranya :

#1. Makan Pil Anti Mabuk

Pil anti mabuk atau anti – nausea pill ini ada dijual di mana – mana farmasi dan seeloknya kalau korang sediakan dalam beg. Makan sebelum naik atau bila rasa pening atau mabuk kenderaan. Pil ini biasanya akan serasikan badan dengan pergerakan kenderaan.

 

#2. Pilih Tempat Duduk Yang Betul

Kalau anda menaiki cruise, pemilihan kabin yang betul memainkan peranan. Cari kabin yang ada tingkap supaya anda dapat melihat luaran kapal semasa ia bergerak.

Jika menaiki bot pulak, kalau ianya dua tingkat, pilih bahagian bawah dan berada di tengah kapal. Kawasan ini adalah yang paling kurang pergerakan.

 

#3. Makan Makanan Yang Betul

Makanan yang bersifat masin atau masam sebenarnya boleh membantu untuk mengurangkan mual. Sebab itu, kalau perasan, kita akan beli asam kalau naik kereta untuk perjalanan jauh. Kalau nak alternatif yang lebih sihat, boleh pilih untuk makan epal hijau atau buah – buahan yang  masam.

Sifat masam ini boleh kurangkan kesemua jenis mabuk disebabkan perjalanan.

 

#4. Masa Yang Sesuai

Kalau pengangkutan udara, biasanya gegaran berlaku disebabkan ‘air pocket’ atau awan. Sama juga dengan kapal, faktor yang menyebabkan ianya lebih bergoncang atau lebih beralun adalah keadaan laut dan ombak.

Jika anda ingin menaiki cruise, kaji dulu laluan yang kapal tersebut akan lalui. Kena atau tidak dengan musim. Contohnya, jika anda menuju ke perairan Carribean, elakkan musim panas (summer) atau musim luruh (fall) ini biasanya adalah musim ribut.

 

#5. Pandang Garisan Langit

Garisan langit atau garisan horizon ini adalah ‘garisan’ yang memisahkan laut dan langit ketika anda berada di lautan yang terbentang luas.

Triknya disini adalah, jadikan garisan tersebut sebagai titik rujukan dan ini akan ‘mengingatkan’ otak kita yang kita tengah bergerak dan secara tak langsung akan elakkan berlakunya kekeliruan antara telinga dan mata.

 

#6. Pilih Kapal Yang Moden

Bukan disebabkan faktor ‘paras rupa’ mahupun keselamatan, tetapi biasanya kapal – kapal baru ini dibina siap dengan penstabil atau sistem penstabilan mereka tersendiri. Tidak pasti feri di Malaysia ada atau tidak, biasanya feria tau kapal – kapal di luar dah ada teknologi ini.

 

#7. Jumpa Doktor

Ini boleh dikatakan langkah pencegahan awal jugak sebenarnya. Pergilah berjumpa doktor anda seminggu atau sebelum menaiki cruise atau kapal. Ceritakan tentang mabuk kenderaan yang anda alami atau yang cuba anda elakkan.

Biasanya, doktor akan berikan dos yang betul dan ubat yang betul sesuai dengan keperluan diri kita.

 

#8. Postur Badan

Ramai yang tak perasan atau terlepas pandang sebenarnya, ada segelintir doktor berpendapat yang postur atau kedudukan badan semasa dalam kapal atau cruise ini juga boleh mempengaruhi tidakbalas badan terhadap pergerakan. Dalam kes ini, bagaimana badan bertindakbalas terhadap pergerakan kapal.

Tips dia adalah; kalau berasa mual, pening atau mabuk kenderaan, cuba tegakkan badan atau gunakan bantal travel untuk menyokong leher supaya kepala tidak bergoyang – goyang.