"Air Terjun Abadi?" - Ini Dia 5 Benda Menarik Tentang Madakaripura

October 09, 2023 - 12:30 PM


Jika anda akan melancong ke Indonesia, jangan lepaskan peluang untuk melawat Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, sebuah kawasan pergunungan di Jawa Timur, Indonesia. Terkenal dengan Gunung Bromo, sebuah gunung berapi yang masih aktif namun masih ramai yang tak tahu secret spot yang menarik selain Gunung Bromo iaitu Madakaripura.

Terletak di Lereng Gunung Bromo, Madakaripura adalah air terjun yang diberi julukan sebagai air terjun abadi. Ini dia 5 fakta menarik tentang Madakaripura.

@dindaamaulidya WONDERFULL MADAKARIPURA ✨ I FOUND HIDDEN PARADISE HERE 🎀 ( tetap explore dan buat konten meskipun hanya pakai hp ) #fyp #madakaripurawaterfall #hiddenparadise #exploreprobolinggo ♬ Tattoo by Loreen sped up version - KaylaKyber

 1. Nama yang Unik

Madakaripura diambil dari 3 nama iaitu Mada (nama seekor gajah), Kari (Peninggalan) dan Pura yang bermaksud meditasi. Menurut cerita rakyat tempatan, nama Madakaripura diambil berdasarkan cerita seekor gajah Mada yang berehat di kawasan tersebut.

2, Air terjun tertinggi di Pulau Jawa

Dengan ketinggian lebih kurang 200 meter, Madakaripura ditempatkan sebagai air terjun tertinggi di Pulau Jawa dan kedua tertinggi di Indonesia setelah Si Gura-Gura. Ketinggian air terjun Madakaripura ini pastinya menyajikan pemandangan yang indah.

3. Bentuk air terjun yang unik

Keunikan yang jelas dari air terjun ini adalah bentuk tebing di sekelilingnya yang menyerupai ceruk sehingga membuat pengunjung seolah-olah berada di dalam botol. Selain itu, guguran air di air terjun ini tidak hanya turun di satu bahagian namun hampir ke semua bahagian tebing. Bagi pelancong yang hendak pergi ke sana, sebaiknya menggunakan baju hujan jika tidak ingin baju basah.

4. Dikenali sebagai Air terjun abadi

Menurut warga Indonesia, Madakaripura sememangnya terkenal dengan julukan air terjun abadi. Hal ini kerana, air di Madakaripura selalu melimpah dan tidak pernah berkurang meskipun pada musim kemarau. Selain itu, keadaan air yang selalu jernih dan segar juga membuatkan ia dipanggil sebagai air terjun abadi oleh warga tempatan disana.

5. Harga tiket yang murah

Untuk menikmati keindahan Madakaripura, pelancong perlu menyusuri kawasan hutan terlebih dahulu yang mengambil masa lebih kurang 60 minit jika berjalan kaki atau 30-35 minit jika menaiki kenderaan. Untuk melawat kawasan ini, anda hanya perlu membayar 11.000 Rupiah bersamaan dengan RM3.31 sahaja. Tiket parking pula hanya 5.000 Rupiah (RM1.50) sahaja.