"Bayar Murah Tapi Servis Premium. Siap Dapat Bagasi Percuma 30 KG, Ruang Kaki Luas" : TransNusa Kini Terbang KL-Jakarta Bermula 14 April

TRAVEL
April 12, 2023 - 04:04 PM


Rakyat Malaysia tidak lama lagi akan berpeluang menikmati semua perkhidmatan TransNusa iaitu syarikat penerbangan komersial Indonesia yang akan melancarkan penerbangan sulungnya ke negara ini bermula 14 April ini, khusus untuk cuti Hari Raya Aidilfitri.

TransNusa bakal melangkah ke industri penerbangan komersial Malaysia dengan 2 penerbangan harian ke Kuala Lumpur.

 

Memperkenalkan segmen pelancongan baharu dan berbangga sebagai 'penerbangan dengan perkhidmatan premium' -- tambang TransNusa mampu menyaingi syarikat penerbangan komersil tambang rendah, manakala tahap keselesaannya setanding dengan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh.

Mempertaruhkan pakej lengkap dengan tambang rendah, TransNusa berkata keistimewaan ini membezakan mereka dengan syarikat penerbangan tambang penuh dan tambang rendah lain yang beroperasi di Asia Tenggara.

Ini termasuklah memberi prioriti untuk memastikan semua penumpangnya menikmati perkhidmatan yang memuaskan di dalam dan di luar pesawat.

Untuk makluman, semua penerbangan TransNusa akan berlepas dan tiba di lapangan terbang antarabangsa utama sahaja.

Penerbangan dari Indonesia akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Begitu juga penerbangan ke Jakarta, pesawat akan mendarat di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, seiring dengan objektifnya yang mahu memastikan penumpang dapat menikmati perkhidmatan premium di terminal.

Semua penerbangan TransNusa merentasi Jakarta-Kuala Lumpur-Jakarta akan mengisi waktu jadual penerbangan utama di mana ia mempunyai permintaan terbesar.

TransNusa kini mempunyai 5 pesawat yang terdiri daripada empat Airbus A320 dan satu Comac ARJ 21 serta dalam perancangan menambah 2 lagi pesawat.

Antara keistimewaan TransNusa yang pastinya membuatkan penumpang berpuas hati adalah :

- Setiap tempat duduknya mempunyai ruang kaki yang luas, sekali gus menjamin keselesaan sepanjang tempoh penerbangan.

- Pesawat TransNusa A320 mempunyai konfigurasi tempat duduk 168-174 yang membolehkan ruang kaki seluas 76 sentimeter (cm) hingga 79 sentimeter, setanding keluasan tempat duduk milik syarikat penerbangan perkhidmatan penuh.

- Penumpang TransNusa boleh menikmati bagasi percuma sebanyak 15 kilogram (kg) hingga 30kg bergantung pada jenis pakej yang dipilih sebelum penerbangan, begitu juga dengan perubahan penerbangan tanpa had serta makanan.

- Untuk hidangan dalam penerbangan, penumpang boleh memilih variasi jenis masakan daripada Nasi Padang tradisional yang berasal dari Sumatera Utara, sehinggalah citarasa barat Chicken Cordon Bleu.

TransNusa menegaskan pihaknya berjaya memastikan tambangnya sangat kompetitif walaupun menyediakan semua perkhidmatan penerbangan premium ini.

Syarikat itu kini mempunyai dua pangkalan di Indonesia, iaiti di Bali dan Jakarta.

Selain laluan baharu Jakarta-Kuala Lumpur-Jakarta, TransNusa mengendalikan 10 penerbangan harian antara Jakarta dan Bali, dan penerbangan tiga kali sehari dari Jakarta ke Jogjakarta.

Destination: