Canggihnya Hotel Kat Penang Ni! Siap Ada Kolam Renang Kaca & Parking Kereta Automatik Tertinggi Di Malaysia

TRAVEL
September 27, 2022 - 04:52 PM


Rasanya orang Penang pun ramai tak tau ni. Kalau anda pergi ke Jalan Magazine di Georgetown, ada satu hotel yang mempunyai kolam renang dengan lantai kaca!

Hotel itu dinamakan The Granite Luxury Hotel yang beralamat di 191, Jalan Magazine, Georgetown, Pulau Pinang

Kiranya kalau anda lalu di bawah memang boleh nampak tetamu sedang berenang di dalam kolam.

Haaa, memang best tau! Tapi buat apa tengok dari bawah kan? Baik menginap dan berenang di sini terus!

Selalu orang tunjuk glasswalk saja, yang ni baru betul real deal. Kaki tak pijak lantai. Rasa macam terapung. Kalah infinity pool.

Kalau korang nak tahu punyalah canggih kolam renang di hotel ini sehingga mendapat pengiktirafan daripada 'Malaysia Book of Records' sebagai 'Highest Cantilevered Acrylic Bottom Swimming Pool' pada ketinggian 49.5 Meter.

Satu lagi keistimewaan hotel ini adalah tempat letak kenderaannya yang dibina secara bertingkat dengan mode automatik dan tertinggi di Malaysia pada ketinggian 71.2 Meter.

Kalau parking kat sini, tak payah risau nak bawa kereta pusing 'ramp'. Bila ke sini, hanya kereta anda sahaja akan naik lif yang disediakan. Canggih macam di Jepun!

Bilik hotel di sini pun besar-besar. Jenis suite. Sesuai untuk keluarga dan percutian bersama teman-teman rapat.

Nak tahu berapa harga semalam di hotel ini korang boleh usha di Facebook The Granite Luxury Hotel atau layari laman web mereka di https://www.thegranitehotel.com/

Sumber: Surga Route

 

Destination: