Kamar Aishah Campsite Batang Kali - Port Camping, Mandi Sungai & Layan BBQ

TRAVEL
September 05, 2022 - 04:15 PM


Apabila memilih port camping, antara yang menjadi faktor ialah fasiliti yang lengkap dan juga lokasi yang cantik serta bersih.

Kamar Aishah Campsite yang terletak di Batang Kali, Selangor menjadi pilihan yang bercuti sekeluarga untuk menjadi port camping mereka.

Berdekatan dengan sungai yang landai, dapat pacak khemah di sini memang cukup menenangkan.

Fasiliti yang ada juga lengkap, sesuai untuk perkhemahan sekeluarga.

Paling menggembirakan, anak-anak boleh mandi sungai dan mendekati alam semulajadi.

Bagi yang tidak mahu menginap dan hanya untuk berpiknik -- turut disediakan pondok yang boleh disewa.

Lokasi dekat sahaja dengan Kuala Lumpur hanya kira-kira sejam perjalanan pastinya boleh dijadikan destinasi percutian hujung minggu ini!

KAMAR AISHAH CAMPSITE, BATANG KALI, SELANGOR 

Harga tapak:

- RM50/malam (camping)

- RM20 (pondok piknik)

- RM5/seorang (piknik)

Waktu masuk: 10 pagi (paling awal)  & Waktu keluar: 5 petang (paling lewat)

Memang best, sesuai untuk anak-anak.

- Sungai landai, ada port berbatu kecil, ada port pasir sahaja. Tak ada batu besar

- Tandas banyak, bersih, kemudahan shower, sinki, soket elektrik, surau. Boleh bawa kelengkapan memasak. Memang senang untuk BBQ

Mendamaikan, tenang jiwa. Bangun awal layan suasana ketenangan.

Akan kembali lagi ke sini, Insya-Allah.

Sumber: Libur

Destination: