Kes Pengkid Pakai Ihram Buat Umrah, Rupanya Sudah Selesai Tanpa Sebarang Hukuman

TERKINI
September 29, 2022 - 11:29 AM


Kita throwback sikit kes wanita "pengkid" yang viral di media sosial kerana berpakaian ihram seperti lelaki di Makkah, rupa-rupanya sudah selesai secara baik melalui penyelesaian luar mahkamah sejak hampir sebulan lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin, berkata wanita berperwatakan lelaki atau 'pengkid' berkenaan tampil bersama ibu bapanya di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Perak Tengah, Seri Iskandar dan melalui sesi kaunseling.

"Kes sudah selesai hampir sebulan lalu selepas pihak kita mengambil keterangan serta semua maklumat berkaitan dengan kehadiran bersama ibu serta bapanya. Alhamdulillah mereka berikan kerjasama amat baik.

"Wanita itu sudah selesai berikan kenyataannya kepada kita. Insya-Allah kita ada cara tersendiri bagaimana hendak menangani kes seumpama ini," 

Ditanya mengenai tindakan susulan terhadap wanita berkenaan, Mohd Yusop berkata, JAIPk menggunakan pendekatan tersendiri antaranya membabitkan sesi kaunseling.

"Tidak semestinya dalam kita mencegah sesuatu, ia perlu bersifat suatu hukuman, tangkap, apatah lagi mendera kerana ada kaedah lain yang boleh kita buat tambahan pula dia dan keluarganya berikan kerjasama sangat baik dengan datang sendiri kepada kita.

"Mudah-mudahan dia sedar kesilapan yang dilakukannya serta insaf. Pada saya jika dia tidak insaf dan rasa bersalah, dia takkan datang pun kepada kita sebaliknya mereka datang dengan sukarela," katanya.

'; jQuery(str).insertAfter('.field-name-body p:eq(' + pCount + ')'); }); }); qg("event", "product_viewed", { "product_id":"8805", "article_title":"Kes Pengkid Pakai Ihram Buat Umrah, Rupanya Sudah Selesai Tanpa Sebarang Hukuman", "category_name":"TERKINI", "destination":"Lain-lain", "article_writer":"ameerhzmn", "article_image_url":"https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/featured-images/2022/09/29/ptj-idris-pengkid-umrah-re.jpeg?itok=fY5lkAVL", "article_url":"https://rileklah.com/travel/kes-pengkid-pakai-ihram-buat-umrah-rupanya-sudah-selesai-tanpa-sebarang-hukuman" });

PENAFIAN

Rileklah.com merupakan sebuah portal santai yang memaparkan gaya hidup orang Malaysia. Sekiranya ada sebarang kandungan dianggap tidak sesuai pada pembaca, sila hubungi kami di [email protected]

Privacy Policy | Refunds Return Policy

PENGIKLANAN/PERTANYAAN

[email protected]

FOLLOW US

© 2024 rileklah.com All rights reserved. ACE MEDIA NETWORK SDN BHD (883993-K)