Pelancong Jepun 'Korban' Pertama "Flying Fish" Tarikan Terbaharu Di Bali

TRAVEL
August 25, 2023 - 12:07 PM


Kalau korang nak tahu di Bali, Indonesia sekarang ini tengah rancak dengan sebuah tarikan baharu untuk pelancong iaitu pelampung 'Flying Fish'!

Permainan air ini sebuah aktiviti ekstrem di mana pelancong boleh mencabar adrenalin mereka dengan menaiki pelampung yang kemudiannya akan terangkat ke udara apabila ia ditarik dengan laju oleh bot yang dikendalikan oleh orang Bali sendiri.

Bagaimanapun dalam keseronokan menikmati tarikan terbaharu itu, ada satu kejadian malang yang telah berlaku.

Ia apabila seorang pelancong Jepun yang didakwa sedang bercuti ke Bali didapati meninggal dunia ketika bermain permainan air ekstrem tersebut.

Pelancong Jepun yang dikenali sebagai Kikuchi Satoshi berusia 60 tahun dikatakan maut selepas terjatuh ke dalam laut ketika sedang menaiki pelampung 'flying fish' di Pantai Tanjung Benoa, Kuta Selatan, Bali.

Kejadian malang berkenaan turut disaksikan oleh isteri dan 3 orang anaknya.

Sementara itu, salah seorang pemandu bot PT Bali Coral Dive dan Marine Sport di Pantai Tanjung Benoa mengesyaki kejadian tragis itu berpunca daripada cuaca buruk ketika itu yang tiba-tiba berlaku angin kencang.

Sumber: Detik

Destination: