Port Bercuti Untuk Kaki Nature! - Labis Sunrise Farm Tawar Glamping Dalam Dusun

TRAVEL
June 13, 2023 - 02:50 PM


Kalau sebut pasal Johor mesti korang terfikirkan tempat percutian yang biasa didengar seperti Muar, Johor Bahru  dan Mersing.Sebenarnya Johor mempunyai banyak tempat menarik yang masih ramai tak tahu kewujudan macam-macam eko-resort di sana. 

Baru-baru ni kami dibawa oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Putrajaya dan MOTAC Bahagian Selatan dalam program Exploration and Experiential of Segamat ke Labis untuk menikmati keindahahan pekan tersebut yang berpotensi menjadi percutian tumpuan untuk kaki 'nature'

Labis Sunrise Farm menjadi antara tarikan utama di mukim berikut kerana keindahan resort berkenaan yang dibina di atas bukit penuh dengan dusun buah-buahan. Bayangkan dusun buah-buah dan sayur-sayuran berkeluasan 150 ekar itu boleh juga menjadi tempat penginapan untuk korang yang inginan bermalam di outdoor.

Jom Kita Farm Tour!

Sampai saja kami di Labis Sunrise Farm, kami terus menaiki bas mini berwarna pink untuk mengelilingi dusun dan tapak perkhemahan di sekitar resort tersebut. Bas tu sebijik macam bas lama yang selalu kita pernah naik dan tengok pada tahun 90'an dulu. Bas lama digunakan untuk pusing-pusing di dalam dusun selama dua jam.

Sepanjang tour tersebut ada seorang farm guide yang akan bercerita dan beri informasi tentang tumbuh-tumbuhan sekeliling dan beri tetamu peluang untuk memetik serta makan buah tropika yang dipetik segar di Labis Sunrise Farm seperti durian Musang King, jambu batu, buah naga, mangga, nangka, pisang dan durian belanda. Terdapat 10 jenis buah-buahan di sini dan lagi fresh daripada korang beli di kedai tau!

Kami datang tepat pada waktunya dengan ketibaan musim durian yang berlambak-lambak dan pihak resort menghidangkan durian secara percuma kepada pengunjung. Mestilah kami pilih durian yang mahal untuk dimakan macam durian Musang King dan IOI.

Kami juga dibawa ke sarang lebah yang menghasilkan madu kelulut dan tengok sendiri sarangnya depan mata! Tapi korang tak perlu risau sebab lebah kelulut ni tak berbisa dan tak berbahaya kepada kita. Labis Sunrise Farm bukan setakat ada dusun buah juga tau, bahkan terdapat mini zoo yang menempatkan landak, musang, ayam hutan dan angsa.

Korang boleh sentuh dan memberi makan haiwan-haiwan di sini. Sudah tentu haiwan yang menjadi tumpuan adalah ayam hutan yang berlainan daripada ayam bandar dan ayam kampung. Ramai bergambar dengan ayam hutan ni kerana kerana kelihatan lebih macho dan gagah.

Glamping Di Dusun

Dalam kawasan dusun dan mini zoo Labis Sunrise Farm, terdapat campsite yang korang boleh jadikan sebagai tempat bermalam menggunakan khemah sendiri ataupun yang disediakan oleh pihak resort. Jangan risau pasal kemudahan di sini kerana cukup lengkap semuanya dan terdapat 10 tandas awam keliling campsite.

Kanak-kanak pasti suka jika berkhemah di sini kerana terdapat kolam renang di dalam dusun buah berkenaan. Air digunakan adalah dari bukit yang cukup nyaman dan sejuk mampu buat korang tak nak keluar dari kolam tersebut.

Khemah yang disediakan Labis Sunrise Farm bermula RM250 mengikut kapasiti yang korang inginkan. Lengkap dengan segala kelengkapan seperti lampu, dapur gas, kerusi dan meja lipat, katil serta inflatable sofa. Khemah yang digunakan pula bukan khemah yang biasa-biasa tapi khemah untuk glamping berkualiti tinggi.

Tengok Sunrise Di Bilik

Selesai saja pusing-pusing di sekitar dusun Labis Sunrise Farm, kami terus check-in ke bilik yang ada di resort berkenaan. Tetamu boleh memilih sama ada ingin menginap di bilik atau glamping. Bilik yang disediakan bermula RM118 dan diberi segala kelengkapan untuk korang. 

Memang cukup tenang lepak di balkoni Labis Sunrise Farm pada waktu senja sambil menghirup minuman yang disediakan dan berbual bersama kawan-kawan. Bayangkan korang lepak di atas bukit dengan pemandangan hijau dan deretan bukit-bukau sambil pekena kopi, cukup nikmat!

Labis Sunrise Farm juga menyediakan sky lantern pada waktu malam yang kelihatan sungguh cantik dan memuaskan hati apabila melihat lantern berwarna merah itu terbang dengan perlahan ke langit dan menjadi moment yang bakal menjadi kenangan sampai bila-bila.

Pada waktu subuh, korang boleh nampak cahaya kekuning-kuningan di langit menerusi tingkap bilik dan layan sunrise sampai matahari terbit sepenuhnya. Matahari yang muncul di belakang deretan bukit sangat menakjubkan! Sebab tu lah namanya Labis Sunrise Farm -- kerana pemandangan ketika melihat matahari terbit amat memukau.

Hiburkan Diri Dengan Karaoke!

Macam-macam aktiviti yang korang boleh bersama keluarga kat Sunrise Labis Farm ni antaranya BBQ, wayang pacak, snooker dan berkaraoke! Karaoke disediakan secara percuma untuk pengunjung di sini dan boleh memuatkan dalam 20 orang dalam satu masa di bilik ini. 

Korang boleh bawa air dan snek ke dalam bilik karaoke dan menyanyi sehingga puas kerana sebab tiada had masa kat sini tau. Korang menyanyilah sampai hilang suara!

Meja snooker dan pool yang disediakan lengkap dengan cue dan bola dalam keadaan baik. Ajaklah kawan-kawan korang bermain sekali sambil rasakan kedinginan di Sunrise Labis Farm yang berada di atas kawasan bukit.

Semestinya Labis Sunrise Farm menjadi tempat bercuti korang yang seterusnya yang inginkan suasana outdoor dan percutian di dalam dusun akan buat percutian korang lebih berbeza dari yang sebelumnya!

Labis Sunrise Farm

Alamat : Lot 3091, Jalan Segamat, Labis, 85300, Segamat, Johor

No. Telefon : 017-7516868 (Miss Ren)

Destination: