"Port Ngopi Seperti Dalam Dunia Animasi" - Kebun Cafe, Batang Kali Buat Korang Terpesona!
FOODIEMinggu lalu kita banyak habiskan tenaga dan wang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dan semestinya korang mahukan sedikit masa lagi untuk mengopi atau melepak tapi dengan 'low-budget'.
Nak pergi tempat peranginan tentunya sesak atau pergi membeli-belah di ibu kota mesti banyak pakai duit. Tapi ada satu port baik kalau korang hendakkan short escape di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor.
Pemanduan ke Ulu Yam selama 50 minit dari ibu kota ini sering menjadi tumpuan kepada korang yang sukakan perkelahan. Selain lokasi perkelahan popular, Ulu Yam juga terdapat banyak kafe sekaligus menarik minat sesiapa sahaja yang berada di pekan tersebut.
Kebun Cafe, Ulu Yam di Batang Kali tempat yang amat sesuai jika korang inginkan tempat santai dan yang paling menarik di sini adalah suasananya memang terasa seperti dalam animasi Jepun.
Kebun Dalam Dusun Sayuran
Jika korang mencari kafe estetik yang baharu untuk disinggah, Kebun Cafe sentiasa mengalu-alukan pengunjung datang menjamu selera dan mata di sini.
Kebun Cafe terletak di dalam kebun sayur kepunyaan keluarga, Ho Ho Organic Farm memberi korang pengalaman berbeza yang jauh lebih menenangkan berbanding kafe-kafe lain.
Dah masuk ke Kebun Cafe, jangan lupa untuk merasai pemandangan mekar dengan bunga dan tumbuh-tumbuhan sambil menikmati kopi dan pencuci mulut yang sememangnya menjadi ingatan dalam setiap gigitan.
"Macam Kafe Kampung Dalam Animasi Jepun!"
Pengunjung yang datang ke Kebun Cafe semestinya akan kata kafe ini seperti berada dalam animasi popular Jepun keluaran Ghibli Studio. Tengok sajalah dekorasinya yang memang mengujakan saat korang masuk ke kafe ini dengan hiasan luaran dan dalaman seolah-olah korang berada dalam animasi tersebut. Memang jadi port OOTD-lah.
Kafe ini berlainan daripada kebanyakan tempat ngopi yang selalu kita jumpa di KL berkonsepkan taman ataupun industrial-style, namun berbeza dengan Kebun Cafe yang 'dihiasi' dengan suasana desa dengan juntaian pokok hiasan, tingkap besar dan warna batu bata cukup mempesonakan.
Kebanyakan kafe di bandar mempunyai sentuhan tumbuh-tumbuhan atau pokok sebagai konsep outdoor dalam kawasan metropolitan. Tapi Kebun Cafe ada semua itu dan jadikan suasana tersebut sebagai tarikan kepada perniagaan mereka.
Dekorasi dalamannya cukup cantik yang dihiasi dengan kerusi-kerusi rotan, perabot kayu dan batu bata merah tidak dicat ditambah pula dengan hiasan bunga serta dedaun keliling kafe sangat menenangkan jiwa.
Reka bentuk dalaman campuran klasik dan moden menjadikan Kebun Cafe tempat persinggahan orang ramai yang ke Ulu Yam jika dah sampai ke pekan tersebut.
Sambil korang mengopi, ada cermin besar menghadap tumbuhan hijau dan sungai ibarat 'menjamu mata' ketika korang lepak di sini.
Kek Strawberi dan Air Yang Menyegarkan!
Jika menghirup kopi panas sambil menikmati pemandangan alam semula jadi adalah cara terbaik untuk berehat, padankan dengan Cappucino (RM10) atau Matcha Cold Foam (RM12) yang akan buat korang menyebut "umphh" ketika berada di sini.
Kebun Cafe juga menyediakan teh panas di dalam teko (RM10) yang boleh dinikmati bersama kawan. Kalau minuman berkafein bukan menjadi kegemaran korang, boleh cuba Kebun's Milktea (RM7) atau sesuatu yang menyegarkan seperti Soda Markisa dan Markisa Oren (RM12).
Selain tegukan yang menenangkan, korang boleh cuba pelbagai jenis kek dan pastri di Kebun Cafe. Strawberry Shortcake (RM13) menjadi signature di sini kerana kelembutan dan manisnya cukup ngam! Selain itu terdapat juga Black Sesame Cake (RM13) yang hadir dengan krim meleleh menyelimuti kek tersebut.
Boleh juga cuba kek lain di Kebun Cafe seperti Onde-Onde Cake dan Chocolate Banana Cake.
Tak cukup dengan barisan jenis kek, Kebun Cafe turut menyediakan scones, madeleines dan craquelin cream puffs!
Bawa rakan-rakan dan keluarga korang menikmati pemandangan dan dessert di Kebun Cafe hujung minggu ni. Jangan lupa untuk abadikan kenangan korang di Kebun Cafe dan upload di Instagram!
Kebun Cafe, Ulu Yam, Batang Kali
No. telefon : 016-6601023
Waktu operasi : 11 pagi - 6 petang, Jumaat hingga Ahad
Alamat : 29, Jalan Patin 2, Taman Patin, Hulu Yam Lama, 44300, Batang Kali, Selangor