Talula Hill Farm Resort Kluang Johor, Tawarkan Percutian Di Dalam Ladang

TRAVEL
May 10, 2023 - 03:47 PM


Talula Hill Farm Resort, Kluang, Johor adalah salah sebuah resort yang ada di Kluang, Johor. Resort ini menawarkan pengalaman yang menarik dan tarikan yang tersendiri iaitu mereka mempunyai ladang sayur-sayuran, ladang buah-buahan dan ladang haiwan mereka sendiri.

Yang menariknya, anda boleh memetik sayur-sayuran dan memberi makan haiwan-haiwan secara percuma jika anda menginap disini. Antara haiwan yang ada disini ialah ayam, itik, angsa, kambing dan arnab. Mereka yang sukakan haiwan dan alam semula jadi sangat sesuai menginap disini. Bahkan resort ini juga dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan dan gunung-ganang. 

Resort ini mempunyai 16 cabin dan 4 jenis bilik cabin iaitu Standard Cabin tanpa pemandangan, Deluxe Cabin yang mempunyai pemandangan puncak banjaran gunung, Group Cabin yang boleh memuatkan 4 orang dengan pemandangan hutan Gunung Lambak dan Loft Cabin yang boleh memuatkan 5 orang sesuai untuk yang berkeluarga.

Selain itu, anda akan melihat pemandangan panorama puncak gunung melalui sebuah balkoni dan tingkap besar jika anda menginap di Loft Cabin. Setiap biliknya pula dilengkapi dengan katil yang selesa, penghawa dingin, wifi percuma, pantri mini, dan bilik air persendirian.

Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan kerana ianya termasuk dengan sarapan pagi dan segala aktiviti yang boleh dilakukan disana. Tambahan pula, banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan jika anda menginap disini seperti pingpong, mini billiard, carrom dan board games. Anda juga boleh merasai pengalaman merendam kaki dengan air yang mengalir daripada Gunung Lambak di ‘grotto’.

Sementara itu, anda juga boleh memancing di resort ini. Mereka juga ada menyediakan joran memancing untuk mereka yang tidak membawanya. Dalam pada itu, anda juga boleh cuba mendaki di Gunung Lambak. Gunung ini mempunyai trek laluan mendaki dan kesukarannya adalah sederhana dan mengambil masa 4-5 jam untuk naik dan turun.

Jadi, ianya amat sesuai untuk mereka yang baru ingin mencuba aktiviti lasak. Selain daripada itu, resort ini juga mempunyai sebuah sunrise deck jadi, anda boleh melihat matahari yang terbit dari belakang gunung. Jika anda ingin merasai semua pengalaman ini, anda wajar datang menginap di Talula Hill Farm Resort kerana anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di dalam tempat yang sama. 

Alamat: PTD 40612, Jln Padang Tembak, 86000 Kluang, Johor

Destination: