Tips Ke Fjellheisen, Tromso Norway Tempat Paling Cantik Seluruh Eropah

TRAVEL
December 12, 2022 - 12:59 PM


Ramai diantara kita memilih bandar-bandar terkenal seperti London, Paris, Venice, dan sebagainya sebagai terpaling favorit. Namun tidak bagi saya, Tromso mengambil alih Mostar, Bosnia kota terbaik pilihan hati sebelum ini, namun kedua-duanya masih di ranking atas carta hati, pasti akan repeat jika diberi ruang dan peluang.

Kalau Norway sudah banyak meniti di bibir antara kita,begitu juga Tromso ada segelintir daripada kita juga mengenalinya sebagai kota pencari sang Northern Light/Aurora, namun sedikit yg masih mengenali Gunung Salji Storsteinen (Fjellheisen) yang memberikan peluang melihat pemandangan panorama 360 darjah Kota Tromso yang dilatari keindahan selat memisahkan pulau Kota Tromso (Tromsoya) dengan kepulauannya yang lebih besar disebelah bahagiam selatan, rumah host kami yang terletak di Kroken agak hampir di sini dan walkable, tapi kami naik bas.

Fjords yg berupa semacam teluk yang berasal dari lelehan gleser, iatu tompokan ais yang sangat tebal dan berat dengan jelas dapat dilihat dari sini.Fenomena paling menakjubkan yg saya sempat rasai pula adalah sunset yang terlalu cantik luar biasa dengan lapisan2 sempurna berselang-seli, tercantik di Eropah lah senang cerita (maaf masih tak mampu mengatasi kecantikan sunset Kota Kinabalu,Sabah),fenomena unik ini dikarenakan transisi musim luruh kepada musim sejuk yang kini dapat dilihat seawal 2 petang sudah mulai sunset.Selain itu rasa terubat sekejap impian nak ke Table Mountain, South Africa selepas melihat terdapat gunung yang hampir menyerupainya, pemandangan indah ini terletak di bahagian timur gunung ini menambahkan lagi nuansa panorama teragung.

Cara ke sini? Ya Norway semuanya mahal belaka ya. Pengeras utk menaiiki kereta kabel di sini bagi 2 hala naik dan turun dengan durasi 5 minit bagi setiap laluan dengan sela menunggu setiap 30 minit telah meragut sebanyak rm161.90 daripada akaun bigpay, tp setiap sen yang dibayar terasa sangat berbaloi dengan apa yang tersaji di atas ini lagipun sudah tiada lagi yuran kemasukan lain ke gunung ini, ada kualiti, ada harga.+RM18 minum teh sebab nak feeling2 minum sambil menikmati pemandangan takjub. Lagi pun masa naik sini altitud ketinggian menambahkan lagi kesejukan siap angin kuat, bila minum panas tu lega lah sikit kan.

Awalnya ingin hiking ke puncaknya sebab kereta kabel tidak sampai ke puncaknya,kereta kabel cukup sampai ke dek pemandangannnya sahaja, selebihnya terserah jika sanggup ke puncaknya, ini jam dah memamg feeling2 panjat Everest tau guys walaupun hanya membuat pendakian sebahagian gunung ini. Terdapat banyak spot yang bahaya disebabkan salji yang tadinya lembut bertukar menjadi frost ais yang keras,tajam dan tebal, akhirnya saya kandas tergelincir dan luka2.

Kesimpulannya sangat puas hati di sini, sy sarankan dengan sungguh2 pergilah melawat Norway, pergilah melawat Tromso walau sekali seumur hidup.Selepas ini sy pun berimpian nak ke Norway di belahan lain, dengar cerita selatan Norway pun nais.

Credit 📸 Mun Zir

Destination: