Adam Lambert, Queen Persembahkan Medley Pada Pembukaan Anugerah Oscar

TERKINI
February 25, 2019 - 01:16 PM


Walaupun kumpulan rock lagenda, Queen telah bertapak dalam industri sejak sekian lama, hanya baru-baru ini lagu-lagu kumpulan berkenaan kembali menjadi siulan setelah dipopularkan kembali melalui filem lakokan Remi Malek, Bohemian Rhapsody.

Remi Malek, melakonkan kembali watak mendiang vokalis kumpulan Queen, Freddie Mercury dan filem Bohemian Rhapsody telah tercalon dalam 5 kategori di Academy Awards di Los Angeles baru-baru ini.

Queen dianggotai oleh Freddie Mercury, Brian May, Roger Taylor dan John Deacon. Dalam anugerah Oscar yang berlangsung pagi tadi, kumpulan Queen membuktikan yang mereka masih ‘berbisa’ apabila mendengarkan medley lagu-lagu hits mereka.

Kesemua anggota asal Queen ada membuat persembahan dan Adam Lambert telah mengisi tempat mendiang Freddie Mercury dan ramai yang memuji persembahan Lambert sambil ada yang mengesyorkan Lambert terus bersama Queen sebagai pengganti Mercury.

Queen dan Adam Lambert mempersembahkan dua buah lagu hit kumpulan tersebut iaitu ‘We Will Rock You’ dan ‘We Are The Champions’.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Adam berkolaborasi bersama Queen kerana mereka telah melakukan beberapa siri jelajah sejak tahun 2011.

Ahli asal kumpulan Queen katanya sudi terima Adam lambert sebagai ‘line-up’ terbaru dan berkemungkinan untuk menghasilkan muzik baru. Ha, ini menarik ni!

Tonton persembahan Queen x Adam Lambert di Oscar ni :

Credit Video : abc