"Akak Memang Berani!" - Wanita Sergah Warga Asing Intai Rumah Pelajar Wanita

TERKINI
January 25, 2023 - 11:28 AM


Biarpun dalam rumah sendiri, masih rasa tidak selamat. Itu risiko yang dihadapai ramai wanita. Semalam, seorang pemuda warga Palestin ditahan polis selepas didakwa mengintai rumah pelajar wanita dekat Mutiara Ville Condo, Cyberjaya, tengah hari tadi.

@utusantvofficial Kejadian tengah hari semalam, suspek berusia 23 tahun yang juga seorang pelajar. 📽️ nadclaretta. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia ♬ original sound - UtusanTV

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 23 tahun yang juga seorang pelajar turut mengambil sehelai seluar warna kelabu dari rumah terbabit.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 12.53 tengah hari itu, mangsa telah dimaklumkan oleh jiran terdapat seorang lelaki memanjat ruang di tepi rumah lalu membuka cermin tingkap tandas.

Malah, jiran mangsa sempat merakam perbuatan lelaki tersebut sebelum keluar dari rumah untuk mengejar suspek. Suspek yang terkejut dengan kehadiran jiran mangsa telah bertindak melarikan diri sambil memegang sesuatu.

“Ketika kejadian tiada sesiapa yang berada di dalam tandas.

“Mangsa dan rakan serumah tidak melihat lelaki tersebut ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Wan Kamarul Azran, suspek yang menetap di kondominium yang sama telah ditahan pada pukul 4 petang.

“Turut dirampas telefon bimbit, baju dan seluar yang digunakan suspek.

“Bagaimanapun, seluar milik rakan serumah mangsa belum ditemui,” ujarnya.

Katanya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan siasatan diteruskan di bawah Seksyen 509 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber dan Kredit: utusantv.com

Destination: