"Aku Masih Tahu Hukum Agama!" - Enot Menafikan Dirinya Berkahwin Dengan Pengkid

TERKINI
August 08, 2023 - 12:34 PM


Sehari dua ni heboh mengenai kenyataan daripada pelawak selebriti terkenal, Didie Alias berkaitan sahabatnya dikatakan 'berkahwin' dengan seorang pengkid.

Dalam satu video temubual, Didie Alias telah meluahkan rasa sebak apabila rakannya, Enot telah memilih untuk menjalani hubungan songsang. VIdeo berikut menunjukkan Didie sebak teringatkan hubungannya dengan Enot yang kini makin berjauhan.

Malah Didie juga mengatakan bahawa dia sudah menasihati rakannya itu tetapi nasihatnya tidak diendahkan. Hal tersebut meraih perhatian ramai dan Enot telah bersuara mengenai isu berikut di akaun TikToknya. 

"Aku tak pernah keluarkan kenyataan berkahwin. Tok kadi mana pula yang boleh nikahkan aku? Aku masih tahu hukum agama!

"Yang memaki hamun aku dalam DM (direct message) dan mempermainkan nama arwah mak aku, ingat aku tak maafkan kau sampai bila-bila" ujar Enot kecewa dengan warganet yang memaki hamun dan melemparkan tuduhan begitu kepadanya.

Malah, Enot juga mempersoalkan dakwaan orang ramai yang menuduhnya sudah bernikah dengan pengkid tersebut dan tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang mempermainkan nama arwah ibunya.

Dalam hantaran berikut, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah menutup ruangan komen agar isu ini tidak diperbesarkan dan tidak menjadi bualan orang ramai. 

Pada hantaran lain, dia enggan memperbesarkan keadaan kerana dirinya tidak suka jika bergaduh dan akan simpan aib individu tersebut elok-elok. Tambahnya, dia akan serahkan semua urusan kepada Allah SWT dan hanya Dia yang tahu isi hati pelawak itu seperti apa.

Sumber berita : TheVocket