'Another Level' Betul Makcik Cleaner Masjid Negara Ni. Selamba Borak Bahasa Jepun, English Pun Lancar, Bahasa Jerman Pun Rupanya Dia Tau!

TERKINI
August 23, 2022 - 01:43 PM


Bukan sahaja boleh berbual dengan rancak bersama beberapa delegasi dari Jepun, malah pertuturannya dalam bahasa Inggeris membuatkan latar belakangnya menjadi tanda tanya. Namun siapakah gerangan 'makcik cleaner' yang boleh bercakap bahasa Jepun ini?

Rupanya wanita itu bernama Nirmaningsih Maw dan berusia 58 tahun.

BERPENGALAMAN SEBAGAI PEMANDU PELANCONG SELAMA 31 TAHUN 

Siapa sangka di sebalik gaya dan penampilannya yang biasa-biasa, wanita ini sebenarnya berpengalaman dalam bidang pelancongan selama lebih tiga dekad.

"Sekarang ni memang saya kerja cuci masjid. Itu kerja sampingan saya sejak enam bulan lalu. Tapi dulu saya berpengalaman sebagai pemandu pelancong selama 31 tahun. Saya bawa pelancong-pelancong asing ke seluruh Malaysia. Memang saya cuci masjid. Itu kerja sampingan saya sejak enam bulan lalu", kata Nirmaningsih.

PERNAH AMBIL KURSUS BAHASA JEPUN DI TOKYO SELAMA 6 BULAN 

Bercerita lanjut, wanita itu berkata, dia mengikuti kursus Dasar Pandang ke Timur pada 1992, di bawah Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Saya mengikuti kursus selama enam bulan di Tokyo, Jepun dan sebelum itu saya belajar bahasa Jepun. Di sana, saya bekerja sebagai pemandu pelancong sambil menjalani latihan termasuk belajar mengenai etika kerja dan budaya mereka," katanya yang menetap di Batu Caves, Selangor.

Mengenai video tular yang dikongsikan seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri menunjukkan dia berbual mesra dengan delegasi Jepun di Masjid Negara, Nirmaningsih berkata, ia berlaku secara spontan dan bukan dirancang.

"Ada pensyarah UKM bawa orang Jepun ke sini. Saya bercakap dengan mereka secara spontan, sembang pun kasual saja" ujarnya.

PERNAH BERGELAR PENSYARAH BAHASA JEPUN & BOLEH BERTUTUR BAHASA JERMAN

Menurut wanita itu lagi, ketika usia mudanya dia juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah bahasa Jepun di sebuah kolej di Nilai, Negeri Sembilan.

Selain bahasa Jepun, Nirmaningsih juga boleh bertutur dalam bahasa Jerman dan ia memberi kelebihan kepadanya yang sering bertemu dengan pelancong.

VIDEO PENUH 

Sumber: Mstar

Destination: