"Baik-Baik Orang Ganu Ni!" - Tuan Rumah Bagi Orang Awam Sangkut Trafik Guna Tandas Buat Ramai Terharu

TERKINI
July 03, 2023 - 11:03 AM


Rakyat Malaysia memang jarang lepaskan peluang untuk menyambut suatu perayaan. Lebih-lebih lagi jika jatuh pada hujung minggu mahupun cuti yang panjang. Sempena raya Aidiladha baru-baru ini, berpusu-pusu warga kota yang pulang ke kampung halaman lebih-lebih lagi mereka yang pulang ke negeri pantai timur.

Dah menjadi norma lah kan bila sangkut dalam trafik ketika pulang beraya. Jumlah kereta yang memasuki negeri pantai timur ini boleh dikatakan luar biasa. Kalau dah sangkut dalam jem ni, selain dari rasa penat dan mengantuk sudah tentunya terpaksa menahan diri dari membuang air. 

Mujur ada seorang hamba Allah ini berhati sangat baik. Beliau mengizinkan orang awam yang sangkut dalam trafik untuk menggunakan tandas rumahnya secarara PERCUMA. Tindakan seperti keluarga inilah yang menjadikan rakyat Malaysia terkenal di mata dunia.

Ramah dan tidak kira bangsa mahupun agama dalam menghulurkan bantuan. Moga keluarga tersebut dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah pelindunganNya. 

Destination: