"Baru Beroperasi Dah Kotor?" - Dakwaan Palsu Netizen Ditepis Pihak Bertam Waterpark & Resort

TERKINI
May 15, 2023 - 11:31 AM


Seperti sedia maklum, Penang mempunyai tarikan pelancong yang terbaharu iaitu satu taman tema air yang berkonsepkan 'Moroccan' iatiu Bertam Water Park & Resort. Tarikan terbaharu di penang itu baru sahaja dibuka secara rasmi Januari lepas. 

Bertam Water Park & Resort menawarkan 14 tarikan permainan air sesusai untuk setiap lapisan umur. Namun baru-baru ini tular di platform media sosial tentang "realiti sebenar" taman tema air itu.

Berdasarkan  gambar-gambar yang dimuatnaik, jelas taman tema air tersebut seakan-akan tidak dijaga dan diselenggara dengan baik. Posting tersebut juga telah mendapat banyak komen dan kecaman dari netizen yang terpedaya tanpa usul periksa.

Tidak menunggu lama, pihak Bertam Resort Penang terus menyangkal dakwaan tersebut. Anda boleh baca kenyataan penuh di bawah. Jadi, kita sebagai netizen perlu periksa dahulu setiap posting yang hendak dikongsi agar kita tidak terjebak dalam penyebaran berita mahupun fakta yang palsu.

Destination: