Bayi 4 Bulan Meninggal Akibat Kain Lampin Tertutup Muka

TERKINI
August 19, 2022 - 05:55 PM


Satu kejadian yang meruntun jiwa sepasang suami isteri berlaku selepas bayi lelaki mereka berusia empat bulan dilaporkan maut di sebuah rumah pengasuh berhampiran Taman Cempaka, Ampang Jaya, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku selepas sehelai kain lampin dikatakan berada di muka bayi berkenaan ketika berada di dalam buaian.

Memetik laporan Harian Metro, bayi tersebut segera dibawa ke klinik sekitar Pandan Indah sebelum dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang menaiki ambulans.

Setibanya di Hospital Ampang, bayi tersebut menunjukkan tanda-tanda tidak bernafas dan bantuan kecemasan segera diberikan.

Namun, bayi berkenaan tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang.

Sehingga kini punca kematian masih dalam siasatan.

Destination: