"Bercanggah Hukum Syarak" - Guna Tiket Konsert Coldplay Sebagai Mas Kahwin, Mufti Kata Tak Sah!
TERKINISejak beberapa hari lalu kecoh apabila sepasang pengantin di negara seberang menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin.
Perkara itu mendapat perhatian Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang berpendapat -- cara itu adalah BERCANGGAH dengan hukum syarak.
“Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50.
“Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.
“Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay,” katanya memetik Sinar Harian.
Bagaimanapun, tambah Abdul Rahman, mas kahwin biarpun tidak disebut perkahwinan tetap sah.
Jelasnya, tetapi jika semata-mata tiket Coldplay menjadi mas kahwin -- maka ia TIDAK SAH kerana disifatkan tiada nilai.
ARTIKEL BERKAITAN: "Unik Betul Mas Kahwinnya" - Pasangan Curi Perhatian, Tiket Coldplay Jadi Mas Kahwin