Berhenti Semata Nak Layan Pemandangan, Myvi Jadi Punca Kemalangan Pertama Lebuh Raya SUKE
TERKINISeperti yang dijangka oleh netizen, sebaik sahaja lebuhraya SUKE dibuka ia akan menjadi port baru untuk kenderaan berhenti dan menikmati permandangan biarpun telah diberi amaran dan dilarang oleh pihak berkuasa.
Tindakan seorang pemandu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) mengundang padah apabila dirempuh sebuah motosikal semalam.
Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki telah berhenti di lorong kecemasan dengan tujuan melihat pemandangan.
Kemudian sebuah motosikal jenis Suzuki dari arah belakang melanggar bahagian belakang kereta terbabit sehingga menyebabkan kecederaan kepada penunggang lelaki di bahagian kaki.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut. Sejak pembukaan lebuhraya ini,memang dah jadi port bergambar dan ramai pengguna yang berhentikan kenderaan demi menikmati 'view' bandaraya. Silap-silap ada yang meniaga kat situ nanti jika tiada tindakan tegas dari pihak berkuasa.