"Biadap Betul!" - Ibu Bapa 'Sound' Cikgu Dalam Group Whatsapp Gara-Gara Anak Sendiri

TERKINI
July 14, 2023 - 05:32 PM


Dulu waktu kita masih bersekolah mesti ada kesalahan yang dilakukan dan takut untuk bercerita pada ibu bapa kerana risau akan teruk dihentam di rumah. Memang salah sendiri, tanggung sajalah apa hukumannya.

Tapi min tengok sekarang banyak sangat ibu bapa pelajar yang pertahankan anak-anak sampai lupa adab dan hormat pada warga pendidik. Tambah-tambah lagi bila setiap guru diwajibkan untuk buat satu group Whatsapp bersama ibu bapa pelajar. Ada saja soalan dan kenyataan remeh temeh yang diajukan. 

Group Whatsapp ini sering dijadikan medan untuk ibu bapa mengeluarkan pelbagai persoalan yang tidak sepatutnya sehingga membebankan para pendidik. Malah, ada yang bersikap keterlaluan sehingga mencetuskan ketegangan dalam group berkenaan.

Seorang guru dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh berkongsi beberapa screenshot atau tangkap layar mesej group Whatsapp kelas, memaparkan seorang penjaga yang bersikap biadab ketika bertanyakan soalan kepada seorang guru.

"Assalamualaikum cikgu. Saya nak tanya, buku tulisan BM1 dan BM2 tak ada kat anak saya. Cikgu ada ambil ke?

"Saya harap cikgu ada tangan nak balas pertanyaan saya ni" tulis penjaga pelajar berkenaan yang menghantar mesej pada waktu malam.

Sindirannya itu telah mendapat teguran daripada penjaga lain dalam group tersebut yang merasakan ayat digunakan penjaga terbabit sangat tidak beradap.

Walaupun ramai ibu bapa penjaga menegur kelakuannya itu, dia bertindak untuk mempertahankan tindakannya dengan alasan setiap pertanyaan tidak diendah guru kelas itu sebelum ini. Menerusi tangkap layar yang dikongsikan itu beberapa penjaga lain tampil mengingatkan supaya menjaga adab.

Tidak mahu terus mengeruhkan keadaan, penjaga pelajar terbabit segera mengakhiri perbualanya namun sempat memberi amaran kepada guru itu.

"Amboi. Sombongnya kamu. Kamu ingat kamu siapa? Pergi buka sekolah sendiri, ajar anak sendiri-lah" balas cikgu tersebut kepada penjaga berkenaan.

Cikgu Fadli akui terdapat segelintir ibu bapa atau penjaga yang sememangnya bersiakpa biada sebegitu. Dalam pada itu, dia turut memuji tindakan ibu bapa yang menyebelahinya dan berani menegur penjaga terbabit.

Itulah orang kata, pentingnya adab dan ilmu itu bergerak seiring.

Sumber berita : Lobak Merah