'Buka Baju, Raba & Ambil Gambar' - Perbuatan Jijik Doktor Pedo Di Hospital Kemaman Akhirnya Terbongkar!
TERKINITugas seorang doktor sepatutnya adalah merawat orang sakit, bukan jadikan kanak-kanak yang tak berdaya sebagai mangsa pemuas nafsu!
Itu yang dapat disifatkan perbuatan jijik seorang doktor perubatan di Hospital Kemaman, Terengganu apabila dipercayai mencabul seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Wad Kanak-Kanak hospital berkenaan.
Menurut makluman mangsa, suspek merupakan seorang doktor yang merawatnya, telah membuka baju dan meraba dada serta merakam gambar-gambar mangsa melalui telefon pintar milik suspek.
Malah berdasarkan pemeriksaan polis dalam telefon lelaki itu menjumpai banyak lagi gambar kanak-kanak perempuan lain yang pernah diambilnya sebelum ini.
Doktor lelaki berusia 30 tahun itu bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis Terengganu pada 1.50 tengah hari Khamis selepas mereka menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu.
Turut dirampas adalah telefon bimbit milik suspek. Ini kerana polis percaya terdapat ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuan berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek.
Siasatan lanjut akan dijalankan dan rakaman percakapan saksi lain akan diambil sebagai keterangan di dalam kes ini.
Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.