"Bukan Gimik, Bukan Salah Astro"- Kak Lina Ambil Keputusan Sendiri Untuk Tarik Diri

TERKINI
October 12, 2023 - 04:17 PM


Baru-baru ini, pengacara terkenal, Elly Mazlein atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Lina telah pun mengumumkan penarikan diri dari mengacara program nyanyian Astro, All Stars Gegar Vaganza.

Pengumuman tersebut menimbulkan spekulasi bahawa ia hanya gimik semata-mata. Ada juga yang berpendapat bahawa punca beliau menarik diri adalah kerana sedang mengandung.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa tindakan tersebut adalah dari pihak Astro setelah menerima kritikan dari sebilangan penonton All Stars Gegar Vaganza tentang pengacaraannya yang dikatakan tidak serasi bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Menerusi satu hantaran di Instastory, Kak Lina menafikan spekulasi tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Elly Mazlein menerusi Instastory.

“Ini semua bukan salah Astro. Ini bukan gimik seperti yang diperkatakan. Inilah kenyataan di mana Kak Lina sudah pun tinggalkan Gegar Vaganza buat selama-lamanya.

“Kepom tidak mengandung. Kepom dan suami baik-baik sahaja. Alhamdulillah, Kepom dan anak-anak baik-baik sahaja," pesannya.

Pada masa yang sama, pengacara tersebut juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada peminat yang terus memberikan kata-kata semangat dan sokongan terhadap dirinya.

“Terima kasih di atas kata-kata semangat dan kasih sayang. Di Gegar Vaganza sahaja Kepom tiada, InsyaAllah kita jumpa di lain rancangan di Astro nanti ya,” ujarnya.

Destination: