Caprice Panas, PU Syed "Tegur" Suruh Jaga Aurat Isteri Susulan Pendedahan Kes Pendakwah Selebriti
TERKINIOctober 14, 2022 - 12:50 PM
Susula pendedahan Caprice tentang kes amang seksual yang melibatkan PU Azman, PU Syed semalam telah memberikan sepatah dua kata mengenai kes dan pendedahan tersebut.
Menurutnya, Malaysia ada pihak berkuasa yg boleh diaju dan diadukan jenayah yg berlaku dan tindakan Caprice yang mendedahkan info tentang perbualan dan perbuatan yang dilakukan oleh PU Azman adalah tidak wajar.
Selain itu, sempat PU Syed memberi "teguran" perihal aurat isteri Caprice.
Respon dari Caprice ternyata tidak setuju dengan kenyataan PU Syed dan berasa tersinggung akan kenyataannya.
Penyanyi tersebut juga memberi amaran supaya jangan sesekali melibatkan keluarganya dalam hal seperti ini dan beliau mahu PU Syed membuat permohonan maaf secara terbuka. Ha sudah...
Destination: