Data Menunjukkan Rakyat Kelantan Lagi Bahagia Dari Rakyat Selangor? Padahal...

TERKINI
July 25, 2022 - 04:45 PM


Kedudukan Kelantan yang berada di tangga kelima berdasarkan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021 membuktikan rakyat di negeri itu bahagia dan berpuas hati dengan kehidupan mereka.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata markah MHI diperoleh Kelantan iaitu 7.0, jauh meninggalkan Selangor, sebuah negeri yang lebih maju.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat Kelantan dinasihatkan supaya berfikir dengan baik dan tidak mengikut perasaan ketika ada pihak mahu menukar pucuk kepemimpinan negeri itu.

"Kelantan termasuk antara negeri yang bahagia. Bahagia ini bermaksud rakyat puas hati, rakyat senang walaupun adalah masalah. Maka sebab itu kita masuk dalam indeks bahagia.

"Kita dapat skor 7.0. Berbanding Selangor mendapat markah 5.0 iaitu jauh berbeza memandangkan negeri itu kaya, hasil bumi banyak namun rakyatnya tidak bahagia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi ceramah pasca sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Pengkalan Chepa, di sini, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan, laporan MHI 2021 yang julung kali dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM) meletakkan tahap bahagia Keluarga Malaysia pada skor 6.48 iaitu bahagia.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dilaporkan berkata, MHI 2021 itu dibuat berasaskan Survei Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021 yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kebahagiaan rakyat Malaysia dari aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual.

Mohd Uzir berkata, tahap kebahagiaan rakyat Malaysia dikategorikan kepada lima skor iaitu nilai 0.00 - 2.00 sangat tidak bahagia; 2.01 - 4.00 tidak bahagia; 4.01 - 6.00 sederhana bahagia; 6.01 - 8.00 bahagia dan 8.01 - 10.00 sangat bahagia.

Secara pandangan peribadi penulis, kemungkinan rakyat yang tinggal di Selangor yang konon-kononnya tak bahagia adalah rakyat Kelantan sebenarnya. Hehe