
Dek Kerana Sombong, BTS Terima Petisyen Minta Dibubarkan
VIRALKumpulan Kpop terkenal BTS yang berjaya menempa nama di arena dunia serta beberapa penghargaan lain menerima tamparan hebat apabila seramai 3,500 orang telah menandatangani petisyen bagi mendesak kumpulan itu dibubarkan.
Menurut Koreaboo, pestisyen itu wujud ekoran sikap anggota BTS yang dikatakan semakin sombong selepas mencipta nama di seluruh dunia.
BTS yang dianggotai oleh Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook ini pernah disenaraikai oleh Forbes sebagai artis yang paling banyak mendapat retweet di Twitter pada 2016 selain berjaya menembusi beberapa carta lagu antarabangsa.
Apa yang membuatkan ramai tidak berpuas hati adalah anggota kumpulan BTS mendapat pengecualian bagi menyertai latihan ketenteraan kerana mengharumkan nama Korea Selatan di mata dunia menerusi muzik.
Menjadi perdebatan hangat jugaklah, sebabnya pengecualian itu tak perlu, Kalau nak fikirkan mengharumkan nama Korea, kenapa nama-nama besar sebelum ini tak mendapat pengecualian.
Pengecualian ini adalah kes pertama seumpamanya apabila kerajaan Korea mencadangkan pengecualian diberikan kepada BTS.
Namun, petisyen itu masih jauh dari sasaran iaitu 200,000 tandatangan. Sementara itu, peminat setia BTS semestinya dah mulakan kempen untuk menentang pembubaran BTS.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video